Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475893
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraini Talip, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorWaheeda Abd Wahab (P97240)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:50Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:50Z-
dc.date.issued2020-09-29-
dc.identifier.otherukmvital:130749-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475893-
dc.descriptionPenyakit jalur daun bakteria (BLS) merupakan penyakit yang menyerang padi disebabkan oleh Xanthomonas oryzae pv. oryzicola (Xoc). BLS dilaporkan semakin merebak di Malaysia dan menyebabkan pengurangan hasil padi. Kajian penjujukan genom bakteria dijalankan untuk_mengenalpasti potensi faktor virulen yang terdapat pada patogen penyebab BLS, manakala kajian anatomi daun telah dijalankan untuk melihat perkembangan penyakit dan mengenalpasti sel dan tisu yang terjejas akibat jangkitan. Penjujukan genom bakteria Xoc menggunakan kaedah ‘Next-Generation Sequencing’ (NGS) telah berjaya mengesahkan beberapa faktor virulen dan patogenisiti yang berpotensi seperti sistem rembesan Jenis III (T3SS), efektor Jenis III, polisakarida ekstraselular (EPS) seperti proteases, xylanases dan esterases yang berperanan dalam menembusi dinding sel tumbuhan, protein chaperon dan protein twitching motility. Kajian anatomi daun ke atas varieti padi sensitif IR24 menunjukkan BLS memusnahkan sel mesofil dan sebahagian sel selaput berkas serta klorofil yang terkandung di dalamnya. Jangkitan merebak dengan sangat cepat ke arah bahagian dasar dan apeks daun tetapi agak perlahan ke bahagian kiri dan kanan peruratan daun. Kajian anatomi juga dapat mengenalpasti ciri sepunya dan variasi yang dimiliki oleh varieti padi sensitif (TN1, IR24, IR5) berbanding varieti padi rintang (IR26, Dular, IR36). Keratan rentas tulang daun dan lamina menunjukkan varieti padi sensitif mempunyai lamina lebih nipis, bilangan sel selaput berkas lebih banyak pada berkas vaskular utama tulang daun, satu lapisan sel sklerenkima pada peruratan sekunder dan lebih daripada dua metaxilem hadir pada berkas vaskular utama, manakala varieti padi rintang mempunyai lamina lebih tebal secara relatif, bilangan lapisan selaput berkas lebih banyak pada berkas vaskular utama tulang daun, lebih daripada satu lapisan sel sklerenkima hadir pada peruratan sekunder dan dua metaxilem hadir pada peruratan utama. Persamaan ciri anatomi semua varieti yang dikaji ialah kehadiran trikom termasuk papila. Kesimpulannya, padi mempunyai ciri pertahanan asas yang sama namun yang menjadikan padi lebih bersifat rintang atau sensitif dipengaruhi oleh ciri pertahanan tambahan yang terdapat padanya. Oleh kerana projek yang mengkaji perkembangan penyakit dan mengenalpasti variasi varieti padi rintang dengan menggunakan kaedah anatomi sangat terhad di Malaysia, maka ia akan menyumbang pengetahuan baru yang bernilai tinggi dalam mengenal pasti tahap jangkitan pada padi selain membantu pembiakbaka menghasilkan hibrid varieti padi yang rintang terhadap penyakit ini.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPadi-
dc.subjectBakteria-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian genom xanthomonas oryzae pv. oryzicola dan perbandingan anatomi varieti padi sensitif dan rintang terhadap penyakit jalur daun-
dc.typeTheses-
dc.format.pages128-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.