Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475885
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norlida Mat Daud, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Fatimah Mohd Tarmizi (P93110) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:45Z | - |
dc.date.issued | 2018 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130564 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475885 | - |
dc.description | Pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat boleh meningkatkan kandungan glukosa dalam darah yang seterusnya boleh menyebabkan obesiti dan diabetes jika tidak dikawal. Oleh itu, penentuan indeks glisemik (IG) dan muatan glisemik (MG) makanan berkarbohidrat dapat membantu pengguna memilih makanan yang mempunyai penyerapan glukosa yang rendah. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kekerapan pengambilan hidangan dimasak sedia-dimakan Malaysia (HDSDM), kandungan proksimat dan nilai IG dan MG dalam kalangan orang dewasa. Pemilihan sampel HDSDM ditentukan daripada rekod diari diet 3 hari (RDD3H) dan kekerapan pengambilannya ditentukan dengan soal selidik kekerapan pengambilan makanan (FFQ) dalam kalangan masing-masing 100 dan 432 subjek dewasa Bangi dan Kajang. Sebanyak 40 jenis HDSDM diambil daripada RDD3H. Kekerapan pengambilan 10 HDSDM tertinggi dalam susunan menurun adalah bihun goreng (36.9), nasi lemak (34.7), roti canai (33.1), nasi goreng pataya (30.2), nasi ayam (29.1), roti canai telur dengan kuah dal (28.0), char kuey teow (27.0), burger ayam (26.4), mi goreng hokkien (25.9), nasi goreng cina (25.69) dan tosai dengan kuah dal dan cutni (25.43). Analisis proksimat terhadap makanan-makanan ini menunjukkan perbezaan signifikan antara sampel bagi kandungan karbohidrat (p<0.001), protein (p<0.001), lemak (p<0.001), kelembapan (p<0.001), tenaga (p<0.001), serat (p<0.001) dan abu (p=0.011). Bihun goreng, nasi lemak dan roti canai dikecualikan kerana nilai IGnya telah ditentukan dalam kajian lepas. Penentuan nilai IG dan MG HDSDM dijalankan dalam 6 sesi melibatkan 4 sesi sampel HDSDM (nasi goreng pataya, nasi ayam, roti canai telur dengan kuah dal dan char kuey teow) dan 2 sesi sampel rujukan (roti putih) dalam kalangan 12 orang dewasa (umur: 22.7�1.8 tahun, indeks jisim tubuh: 20.6�2.4 kgm-2). Selepas semalaman berpuasa, sampel glukosa darah berpuasa diambil dan diikuti dengan pengambilan sampel makanan (mengandungi 50 g karbohidrat). Kemudian, sampel darah selepas berpuasa (minit: 15, 30, 45, 60, 90 dan 120) ditentukan. Keputusan menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) antara sampel bagi luas di bawah lengkung dan kenaikan luas bawah lengkung. HDSDM mempunyai nilai IG masing-masing 60.5�11.8, 68.8�27.3, 64.0�6.9 dan 69.7�26.7 manakala nilai MG masing-masing ialah 51.3�10.0, 59.2�23.2, 31.4�3.1 dan 60.3�23.1. Namun, tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara sampel. Kesimpulannya, nilai IG dan MG HDSDM yang kerap diambil oleh orang dewasa Malaysia adalah dalam kategori sederhana dan tinggi. Oleh itu, HDSDM perlu diambil dalam jumlah yang berpatutan untuk mengelakkan pengambilan/penyerapan glukosa yang berlebihan. Penentuan IG dan MG makanan dapat membantu individu membuat pilihan HDSDM yang sihat.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dietaries | - |
dc.subject | Nutrition | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Hidangan dimasak sedia-dimakan Malaysia terpilih kekerapan pengambilan, komposisi proksimat, indeks glisemik dan muatan glisemik dalam kalangan dewasa | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 175 | - |
dc.identifier.callno | TX551.S568 2021 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.