Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475877
Title: Skim bantuan kerajaan dan prestasi perusahaan kecil sederhana
Authors: Syafiza Hanim Said (P73622)
Supervisor: Azlina Ahmad, Dr.
Keywords: Small business
Small business -- Management
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic – Malaysia
Issue Date: 8-Nov-2021
Description: Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tunggak utama kepada pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara. Di Malaysia, PKS mewakili sebahagian besar daripada jumlah perniagaan dalam pelbagai sektor dan memberi sumbangan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Sungguhpun PKS telah mencatatkan perkembangan yang pesat, namun pencapaian prestasi PKS dilihat masih lagi di tahap sederhana. Bagi membantu kelangsungan PKS kerajaan telah menyediakan pelbagai skim bantuan yang merangkumi skim bantuan kewangan serta skim latihan. Program skim bantuan kerajaan dilihat berupaya membantu PKS untuk terus berkembang dan bersaing, namun, kesan daripada skim bantuan yang diterima oleh PKS masih kurang jelas. Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengkaji hubungan antara Skim Bantuan Kerajaan(SBKK) dan prestasi PKS di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada skim bantuan kerajaan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke sepuluh yang bermula daripada tahun 2011 sehingga 2015. Skim bantuan kerajaan(SBKK) yang dikaji merangkumi Skim Bantuan Kewangan(SBKW) dan Skim Bantuan Latihan(SBKL) kepada PKS. Prestasi PKS diukur berdasarkan ukuran prestasi kewangan dan prestasi bukan kewangan. Data dikutip melalui soalselidik yang dihantar kepada 400 responden PKS di Selangor yang menerima skim bantuan kerajaan daripada tahun 2011 sehingga 2013 yang dipilih secara rawak. Maklumbalas yang diterima berjumlah 112. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 23.0. Dapatan daripada analisis regresi berganda menunjukkan bahawa skim bantuan kewangan(SBKW) berhubungan secara positif dengan dengan prestasi PKS(kewangan dan bukan kewangan). Ini memberi indikasi bahawa usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan prestasi PKS melalui penyediaan bantuan kewangan mencapai hasil yang diharapkan. Hasil kajian ini memberikan input penting kepada agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan skim bantuan kerajaan seperti SME Corp,MARA,FAMA dan TEKUN. Selain dari itu, dapatan ini turut menyokong teori pandangan berasaskan sumber yang merupakan teori yang mendasari kajian ini.,Sarjana
Pages: 151
Call Number: HD2341.S973 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Skim bantuan kerajaan dan prestasi perusahaan kecil sederhana.pdf
  Restricted Access
Full-text1.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.