Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475858
Title: al-Mustashriq al-britani William Montgomry Watt (1909-2006M) : dirasah tahliliyah li-muwafiqih min al-tarikh al-islami
Authors: Malik 'Abd al-Karim Ahmad Mizhir (P67148)
Supervisor: Ahmad Dahlan Soleh, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Asianists
Islam -- History
Issue Date: 18-Sep-2012
Description: Kajian ini adalah berkenaan pemikiran sekularisme yang dikaitkan dengan mempraktikkan maṣlaḥah shar‘iyyah. Pernyataan masalah bagi kajian ini terletak pada dakwaan golongan sekular bahawa mereka tidak menentang syariah Islam, bahkan mereka adalah pemegang panji syariah. Akan tetapi, syariah yang mereka perjuangkan tidak lebih dari lanjutan golongan pelampau di kalangan penganut fahaman rasional. Di mana mereka meminggirkan nas-nas dan mengambil maslahah dari semua aspek sebagai dalil syarak yang terkuat, lalu ia dijadikan sebagai keterangan dan bukti untuk menyakinkan orang Islam bahawa mereka adalah di pihak yang benar, agar mereka dapat menarik bilangan yang besar di kalangan orang Islam bersama menyokong pemikiran dan kepercayaan mereka dan dapat mengumpul kekuatan di negara-negara Islam. Supaya juga mereka dapat menjadi alat yang efektif kepada Barat dalam merealisasikan agendanya di dunia Islam. Orang yang berpegang dengan sekularisme mempercayai bahawa ianya adalah suatu pemikiran Barat yang berfalsafahkan kepada kebendaan dan manfaat, samaada orang sekular mengakuinya atau tidak. Dalam kajian ini, penyelidik bertujuan mengkaji realiti pemikiran sekular, yang mendakwa mereka tidak menentang agama Islam melalui penjelasan tentang hujah-hujah yang mereka jadikan maslahah sebagai hukum syarak. Kemudian hujah-hujah ini dijelaskan kefahaman yang betul berkenaan maṣlaḥah shar‘iyyah dan kedudukan sebenarnya berbanding sekularisme. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis deskriptif perbandingan dengan menyenaraikan pandangan mereka tentang maslahah dan hujah-hujahnya dan kemudian dianalisis secara ilmiah. Seterusnya dibandingkan pandangan-pandangan tersebut dengan pandangan-pandangan para ulamak yang moderat. Kajian mendapati bahawa golongan sekular cuba untuk melemahkan tamadun Islam dengan menjadikan orang Islam menuruti Barat dengan mendakwa bahawa kemajuan negara Islam dapat direalisasikan dengan menggunakan akal, meninggalkan kitab suci dan mengikut cara Barat. Mereka sangka akan dapat menyerlahkan umat Islam melalui perkara tersebut. Hakikatnya, negara Islam hanya akan terkehadapan apabila mereka meninggalkan apa-apa yang bercanggah dengan undang-undang Islam yang sifatnya menghubungkan antara nas dan maslahah.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 451
Call Number: DS32.7.W346M539 2008 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.