Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475842
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizan Ahmad, Prof Dr-
dc.contributor.authorFatihah Najirah Jumaah (P67319)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:20Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:20Z-
dc.date.issued2012-02-09-
dc.identifier.otherukmvital:121282-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475842-
dc.descriptionPenyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyediaan dan pencirian elektrolit polimer pepejal berasaskan iota (ι)-karrageenan dan terbitannya, karboksimetil ι-karrageenan yang dihasilkan melalui modifikasi kimia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi ι-karrageenan dan terbitannya sebagai polimer induk. Dalam kajian ini, modifikasi kimia terhadap ι-karrageenan dilakukan untuk menghasilkan karboksimetil ιkarrageenan. Terbitan ι-carrageenan dianalisis menggunakan spektroskopi resonans magnetik nuklear proton (1H-NMR), spekstroskopi infra merah transformasi fourier (FTIR-ATR), termogravimetri (TGA) dan analisis darjah penggantian. Penggantian kumpulan karboksimetil berjaya dilakukan dengan kehadiran puncak yang baru sekitar 3.90 dan 4.14 ppm, dan pada nombor gelombang 1595, 1418 serta 1326 cm-1 masingmasing bagi spektrum 1H-NMR dan FTIR karboksimetil ι-karrageenan. Analisis TGA ke atas serbuk ι-karrageenan dan karboksimetil ι-karrageenan menunjukkan kestabilan sehingga 220°C dan 290°C. Analisis pengukuran darjah penggantian dilakukan secara pentitratan menunjukkan sebanyak 0.82 kumpulan karbosilat telah berjaya diganti ke dalam struktur ι-karrageenan. Elektrolit polimer pepejal berasaskan ι-karrageenan dan karboksimetil ι-karrageenan dengan berat polimer induk yang berbeza dihasilkan dengan menggunakan teknik pengacuanan larutan. Kekonduksian ion yang tertinggi diperolehi bagi filem ι-karrageenan dan karboksimetil ι-karrageenan adalah 3.45 × 10-6 S cm-1 dan 9.57 × 10-4 S cm-1 masing-masing pada berat 1.5 dan 2.0 g. Kesan penambahan garam ke dalam polimer induk yang optimum turut dikaji menggunakan tiga jenis garam iaitu garam litium nitrat (LiNO3), litium triflat (LiCF3SO3) dan amonium nitrat (NH4NO3). Analisis spektroskopi impedans elektrokimia (EIS), FTIR, analisis pembelauan sinar-X (XRD), voltametri sapuan linear (LSV), nombor pemindahan ion, dan mikroskopi elektron imbasan (SEM) dilakukan untuk mengkaji ciri-ciri kekonduksian ionik, perubahan struktur kimia, morfologi, dan ciri-ciri elektrokimia filem yang dihasilkan. Filem ι-karrageenan dengan penambahan ketiga-tiga jenis garam pada 30 bt.% bagi menunjukkan peningkatan nilai kekonduksian ionik pada ~10-3 S cm-1 dan ~10-4 S cm-1 . Bagi filem karboksimetil ι-karrageenan pula, nilai kekonduksian ion tertinggi yang dicapai adalah ~10-3 S cm-1 dan ~10-4 S cm-1 pada kepekatan garam yang lebih rendah berbanding filem ɩ-karrageenan, iaitu masing-masing pada 20 bt.%, 25 bt.% dan 30 bt.%. Analisis FTIR menunjukkan garam yang ditambah berinteraksi dengan -OH dalam filem ι-karrageenan serta –OH dan COOdalam filem karboksimetil ι-karrageenan. Analisis SEM dan XRD menunjukkan filem karboksimetil ι-karrageenan adalah lebih licin dan amorfus berbanding filem ι-karrageenan. Daripada analisis LSV, kedua-dua filem ιkarrgeenan dan karboksimetil ι-karrageenan stabil sehingga ~2.4 V dan ~2.2 V. Keputusan ini membuktikan filem ɩ-karrageenan dan karboksimetil ɩ-karrageenan berpotensi sebagai elektrolit dalam peranti elektrokimia,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana (Sains)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectPolyelectrolytes-
dc.subjectEnergy conversion-
dc.subjectMarine algae culture-
dc.titlePenyediaan dan pencirian elektrolit polimer pepejal berasaskan iota karrageenan dan terbitannya-
dc.typeTheses-
dc.format.pages115-
dc.identifier.callnoQD382.P64F356 2016 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PENYEDIAAN DAN PENCIRIAN ELEKTROLIT POLIMER PEPEJAL BERASASKAN IOTA KARRAGEENAN.pdf
  Restricted Access
77.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.