Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475833
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChe Radziah Mezah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorKhatijah Md Khatib (P88252)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:14Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:14Z-
dc.date.issued2015-11-18-
dc.identifier.otherukmvital:121044-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475833-
dc.descriptionKosa kata merupakan aspek penting untuk menguasai kemahiran bahasa. Penguasaan kosa kata diletakkan sebagai objektif utama yang perlu dicapai dalam pembelajaran bahasa Arab. Namun, penguasaan pelajar terhadap aspek kosa kata masih belum dikuasai dengan baik. Oleh itu, kajian dijalankan bagi mengklasifikasi kata nama dan kata kerja Arab yang perlu dikuasai pelajar dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) al-Lughah al-cArabiyah al-Mucasirah tingkatan satu melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Selain itu, kajian menganalisis tahap penguasaan kata nama Arab serta mengesan tahap penguasaan kata kerja Arab dari aspek ejaan, makna perkataan dan penggunaan perkataan dalam ayat. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Bagi objektif pertama kajian menggunakan pendekatan analisis kandungan, manakala objektif kedua dan ketiga menggunakan kaedah tinjauan. Kajian tinjauan melibatkan 248 responden dalam kalangan pelajar tingkatan satu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Sembilan. Dua instrumen digunakan dalam kajian kuantitatif bagi tujuan pengumpulan data iaitu borang soal selidik dan ujian pencapaian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan IBM Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 23.0 dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan kata nama dan kata kerja Arab yang disenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) al-Lughah al-cArabiyah al-Mucasirah tingkatan satu merangkumi semua klasifikasi kata nama dan kata kerja berdasarkan kaedah nahw dan sarf. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan penguasaan kata nama Arab lebih baik berbanding kata kerja Arab dengan skor min 24.03. Oleh itu, penekanan terhadap kata kerja perlu diberi perhatian semasa proses pembelajaran bahasa Arab. Adalah diharapkan, penyelidikan ini memberi implikasi positif sebagai satu panduan kepada pihak pelaksana sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun para pendidik ke arah penambahbaikan pembelajaran bahasa Arab secara umum dan pembelajaran kosa kata secara khusus.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKosa kata-
dc.subjectPenguasaan kata nama-
dc.subjectBahasa Arab-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenguasaan kata nama dan kata kerja Bahasa Arab dalam kalangan pelajar tingkatan satu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Sembilan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages181-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.