Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475821
Title: | Kajian perubahan gunatanah sawah di provinsi Aceh, Indonesia |
Authors: | Muhammad Yasar (P51437) |
Supervisor: | Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations Dissertations Academic-Malaysia Rice-Indonesia |
Issue Date: | 12-Jan-2012 |
Description: | Pertukaran gunatanah sawah daripada pertanian kepada bukan pertanian merupakan masalah yang apabila tidak ditangani dengan serius berpeluang mengancam keselamatan makanan, keadaan sosial, ekonomi, dan persekitaran. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurangan tanah sawah akibat pertukaran, mengetahui faktor penyebab terjadinya pertukaran, mengetahui kesan yang ditimbulkan akibat pertukaran, dan mengklasifikasikan tanah sawah berdasarkan maklumat kriteria biofizikal yang bermanfaat bagi usaha pengaturan dan pengawalan kegiatan pertukaran gunatanah. Kawasan kajian adalah kawasan pentadbiran Kabupaten Aceh Besar Provinsi Aceh, Indonesia. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif di mana faktor penyebab dan kesan pertukaran digali secara deskriptif dengan menggunakan soal selidik dan temu bual mendalam terhadap sejumlah responden yang ditentukan secara persampelan bertujuan, sedangkan untuk mengenalpasti pengurangan dan klasifikasi biofizikal tanah sawah dilakukan dengan memanfaatkan aplikasi sistem maklumat geografi (GIS). Keputusan kajian ini mendapati bahawa pengurangan saiz tanah sawah akibat pertukaran dari tahun 1978 hingga tahun 2009 di Kabupaten Aceh Besar adalah sebesar 39.87% atau setara 1.28% setahun. Dalam dua tahun terakhir (2008 -2009), aktiviti pertukaran telah menghilangkan kepelbagainan fungsi tanah sawah seluas 673 Ha atau 2.27% dari jumlah keseluruhan tanah sawah sedia ada. Kawasan yang paling besar peratus pengurangannya apabila dibandingkan dengan saiz tanah sawah sedia ada adalah Kecamatan Mesjid Raya (46.2%), Kecamatan Baitussalam (41%), dan Kecamatan Krueng Barona Jaya (19.6%). Apabila ditinjau berdasarkan kuantiti tanah mengalami pertukaran, maka 3 kecamatan iaitu: Baitussalam, Krueng Barona Jaya, dan Peukan Bada merupakan yang terluas. Namun menurut pendapat Bupati (Ketua Daerah) Aceh Besar, tiga kecamatan yang paling pesat mengalami pertukaran ialah Kecamatan Darul Imarah, Kecamatan Ingin Jaya, dan Kecamatan Blang Bintang. Sementara itu Kecamatan Kota Jantho dan Kecamatan Pulo Aceh merupakan dua kawasan yang bebas dari aktiviti pertukaran gunatanah sawah. Pengurangan luas tanah sawah akibat kegiatan pertukaran ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun yang menunjukkan hubungan signifikan (negatif) adalah meningkatnya jumlah perpindahan penduduk dari kampung ke bandar. Sedangkan kesan yang menunjukkan hubungan signifikan (positif) dari pengurangan luas tanam ini adalah semakin berkurangnya jumlah pengeluaran padi. Berdasarkan hasil klasifikasi mengikut kriteria biofizikal yang dimiliki maka terdapat empat kategori tanah sawah iaitu tanah utama I (9 kecamatan), tanah utama II (7 kecamatan), tanah sekunder I (5 kecamatan), dan tanah sekunder II (2 kecamatan). Tanah utama merupakan kawasan tanah sawah yang dicadangkan untuk dijadikan kawasan kekal bagi pertanian berterusan kerana ciri-ciri biofizikalnya bersesuaian. Sedangkan tanah sekunder boleh mendapat kelulusan untuk ditukar guna asalkan untuk kepentingan tanah yang lebih utama dan mendesak.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 138 |
Call Number: | SB191.R5M839 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.