Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475819
Title: | Perlaksanaan hibah dalam produk wadiah di Cimb Islamic Bank selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 |
Authors: | Mohamad Faisal Othman (P74466) |
Supervisor: | Ahmad Dahlan Salleh, Dr. |
Keywords: | Gifts (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia – Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Sep-2012 |
Description: | Hibah merupakan satu daripada akad tabarruat dalam fiqh muamalat Islam yang bermatlamatkan kebajikan. Oleh kerana hibah merupakan satu akad kontrak, maka pembentukannya tertakluk kepada rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Namun, satu perkara yang dianggap penting dalam menjadikan sesuatu hibah itu berkuatkuasa ialah elemen qabd. Prosedur bagaimana dan bila berlakunya ijab dan qabul juga mesti diketahui kaedah pelaksanaannya agar keabsahan sesuatu akad itu penting bagi memastikan ianya patuh syariah. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji pelaksanaan amalan pemberian hibah dalam produk wadiah di CIMB Islamic Bank. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menilai perlaksanaan amalan pemberian hibah di CIMB Islamic Bank dengan konsep hibah yang digariskan oleh fiqh muamalah, mengenal pasti prosedur perlaksanaan hibah terhadap produk wadiah dan menganalisis kesan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 terhadap produk wadiah. Kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif. Data-data dikumpul menggunakan kaedah analisis kandungan dan temubual separa struktur. Data-data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan deduktif. Kajian mendapati, aplikasi pemberian hibah selaras dengan konsep hibah dalam fiqh muamalah. Terdapat dua produk utama yang mengaplikasikan kontrak wadiah iaitu produk akaun simpanan dan akaun semasa. APKI 2013 telah memberi kesan kepada CIMB Islamic Bank dalam menawarkan produk wadiah. Implikasi kajian ini menunjukkan prosedur yang betul mestilah dipatuhi agar amalan pemberian hibah bertetapan dengan konsep yang digariskan oleh fiqh muamalat. Justeru, kajian mencadangkan perlu ada penambahbaikan kepada perlaksanaan pemberian hibah di perbankan Islam bagi menjamin amalan pemberian hibah yang berlaku mematuhi segala konsep hibah yang ditetapkan oleh fiqh muamalat. Ia sekaligus membantu meningkatkan kualiti sistem kewangan Islam di Malaysia khususnya dalam amalan pemberian hibah.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 140 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.