Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475816
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA Rahman A Jamal, Prof. Datuk Dr.-
dc.contributor.authorYusnita Yakob (P35865 )-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:05Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:05Z-
dc.date.issued2012-02-08-
dc.identifier.otherukmvital:120487-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475816-
dc.descriptionMikroRNA (miRNA) merupakan molekul kecil dalam tubuh yang bersaiz ~22 nukleotida. Ia bertindak mengawal ekspresi gen sasarannya secara negatif pada peringkat pos-transkripsi melalui tapakjalan interferens-RNA. Ekspresi miRNA didapati amat berkait rapat dengan pembentukan kanser, dimana profil miRNA boleh digunakan bagi pengkelasan kanser manusia. Lebih daripada 50% miRNA terletak pada kawasan genomik yang berkaitan dengan kanser ataupun dalam kawasan fragile, justeru mencadangkan peranannya yang penting dalam patogenesis kanser manusia. Multiple myeloma (MM) merupakan sejenis kanser sel plasma dalam sumsum tulang yang dimanifestasi oleh kemusnahan tulang, anemia, hiperkalsemia dan kekurangan fungsi renal. MM adalah kanser yang kedua kerap dikesan dalam darah, selepas limfoma. Beberapa laporan berkenaan miRNA dalam MM telah diterbitkan, namun tiada kajian MM menggunakan sel darah dijalankan setakat ini. Sel darah periferi dipilih kerana ianya kurang invasif selain mudah diperolehi daripada pesakit MM. Sampel darah dianalisa daripada 35 pesakit MM (14 kes baru dan 21 kes susulan) menggunakan kaedah microarray. Analisis data pula dijalankan menggunakan Genespring versi 10.0. Sejumlah 799 miRNA manusia di gunakan bagi memprofil miRNA yang diekspres di dalam sel darah pesakit MM dan dibandingkan dengan data yang diperolehi daripada 6 individu normal. Analisa menunjukkan hanya 63 miRNA sahaja yang diekspresi berbeza dengan signifikan (melebihi 1.2 kali ganda, p< 0.05). Daripada jumlah tersebut, ekspresi 36 miRNA (57%) didapati meningkat manakala 27 miRNA (43%) lagi mengalami penurunan ekspresi. Sepuluh miRNA telah dipilih berdasarkan miRNA yang biasa diekspres dalam pelbagai kanser, untuk dijalankan validasi menggunakan qPCR . Analisis menunjukkan 70% miRNA (let7b, let-7c, let-7i, miR-16, miR-24, miR-98 dan miR-106a) memberi keputusan yang konsisten di antara 2 kaedah tersebut. Perisian TargetScan seterusnya digunakan bagi meramalkan gen yang disasarkan oleh beberapa miRNA yang terpilih. Gen CCND2, HMGA2 dan IGF1R didapati berpotensi tinggi (PCT> 0.80) sebagai gen sasaran bagi majoriti miRNA yang mengalami deregulasi dalam kajian ini. Kesemua gen tersebut diketahui berperanan penting dalam MM dan juga kanser lain. Kajian juga mendapati 5 miRNA iaitu let-7c, miR-16, miR- 449, miR-181a dan miR-181b telah mempamirkan corak ekspresi yang serupa (melebihi 1.2 kali ganda, p< 0.05) di dalam sel darah dibandingkan dengan kajian lain yang menggunakan cecair sum-sum tulang daripada pesakit MM. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan miRNA wujud dan diekspresi berbeza didalam sel darah periferi pesakit MM jika dibandingkan dengan individu normal dan berkemungkinan berpotensi sebagai penanda biologi tumor dalam MM terutamanya let-7c dan miR-16 yang juga didapati diekpsresi dengan signifikan di dalam sum-sum tulang hasil kajian lain.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations.-
dc.subjectGene expression-
dc.subjectMultiple myeloma-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic-Malaysia-
dc.subjectRNA-
dc.titlePengekspresan mikrorna (miRNA) dalam sel darah periferi pesakit multiple myeloma bagi kes baru dan kes susulan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages119-
dc.identifier.callnoQP623.Y847 2012 tesis-
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.