Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475777
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Faizal Mohamed, Prof. Madya. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Ratasha Alia Md. Rosli (P68244 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:46Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:46Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117193 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475777 | - |
dc.description | Hidrogen peroksida (H2O2) berkepekatan rendah merupakan agen pemeka sinaran yang berperanan dalam meningkatkan kepekaan tumor hipoksik terhadap sinaran dalam rawatan radioterapi. Walaupun kesan terapeutik radioterapi dapat dipertingkatkan secara efektif dengan penggunaan agen ini, namun kaedah penyampaiannya secara suntikan intratumoral menyebabkan pesakit klinikal mengalami kesan sampingan seperti embolisme pulmonari, fibrosis, sklerosis dan kerengsaan di kawasan suntikan. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji alternatif dalam membawa pemeka sinaran H2O2 ke sel sasaran iaitu melalui sistem penyampaian vesikel berasaskan biosurfaktan asid amino, natrium N-lauroylsarkosinat (SNLS) yang disintesis. Vesikel yang membawa H2O2 disintesis melalui kaedah sonikasi dengan formulasi campuran surfaktan utama SNLS dan surfaktan sekunder dekanol pada kadar molar 1:2 dalam 92 wt % H2O2 berkepekatan 3 % v/v. Pencirian menggunakan mikroskop cahaya berkutub (PLM), mikroskop transmisi elektron (TEM), penyerak cahaya dinamik (DLS), spektroskopi inframerah jelmaan Fourier (FTIR) dan spektrofotometer dijalankan ke atas vesikel untuk mengkaji pembentukan, saiz, nilai potensi zeta dan konformasi molekular vesikel serta peratusan kecekapan pengkapsulan (EE %) H2O2 dalam vesikel. Imej silang maltese yang diperoleh melalui PLM menunjukkan vesikel terbentuk dan ia mempunyai morfologi sfera bersaiz 40-260 nm dengan saiz purata bersamaan dengan 200 nm apabila dicirikan di bawah TEM. Perbezaan nilai saiz ini dengan nilai purata saiz vesikel yang diperoleh melalui pencirian DLS iaitu 252 nm menjelaskan bahawa larutan vesikel yang disintesis adalah berkeadaan poli-serak dengan nilai indeks bersamaan dengan 0.343. Berdasarkan spektrum FTIR, persamaan konformasi molekular di antara vesikel yang membawa H2O2 dengan vesikel yang piawai menjelaskan bahawa tiada interaksi kimia yang berlaku di antara H2O2 yang dikapsul dengan vesikel. Namun begitu, pengkapsulan H2O2 dalam vesikel dikenal pasti melalui pencirian spektrofotometer, di mana didapati nilai EE % adalah bersamaan dengan 75 %. Dari segi kestabilan, nilai potensi zeta menunjukkan bahawa vesikel yang membawa H2O2 mempunyai kestabilan yang sederhana dan nilai ini menurun seiring dengan jangka masa penyimpanan. Meskipun begitu, kajian in vitro menunjukkan bahawa melalui penggunaan vesikel yang berasaskan biosurfaktan asid amino, ketoksikan H2O2 berkepekatan 3 % v/v ke atas sel kultur telah berkurangan. Namun, peranannya sebagai agen pemeka sinaran hanya dapat dijustifikasi jika dijalankan ke atas tumor hipoksik melalui kajian in vivo. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa vesikel berasaskan biosurfaktan asid amino SNLS berpotensi untuk dijadikan sebagai pembawa pemeka sinaran H2O2. Penggunaan vesikel membawa pemeka sinaran ini dapat mengatasi masalah kesan sampingan H2O2 yang dialami oleh pesakit ketika rawatan radioterapi. Namun, ia memerlukan pembaikan dari segi kestabilan agar ia dapat diimplementasi dalam rawatan klinikal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hydrogen peroxide -- Therapeutic use | - |
dc.subject | Bioremediation | - |
dc.subject | Hydrogen peroxide | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Potensi vesikel berasaskan biosurfaktan asid amino natrium n-lauroylsarkosinat sebagai pembawa pemeka sinaran hidrogen peroksida dan aplikasinya ke atas sel karsinoma hepatoselular HEP G2 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 190 | - |
dc.identifier.callno | QD181.H1N846 2017 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Potensi vesikel berasaskan biosurfaktan asid amino natrium n-lauroylsarkosinat sebagai pembawa pemeka sinaran hidrogen peroksida dan aplikasinya ke atas sel karsinoma hepatoselular HEP G2.pdf Restricted Access | 976.17 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.