Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475759
Title: Hukum agihan daging korban kepada bukan Muslim menurut mazhab Shafi'i dan ulama Malaysia
Authors: Mohd Lukman Daud (P81595)
Supervisor: Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Prof. Madya Dato’ Dr.
Keywords: Islamic religious practices
Religious life -- Islam
Ikhtilaf (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Aug-2018
Description: Perkara khilaf di dalam agama merupakan suatu perkara yang harus diterima oleh setiap orang Islam kerana ia suatu perkara cabang yang dapat dibuktikan melalui sangkaan dan juga bukan melalui nas atau dalil yang qatci. Setiap mujtahid perlu menjaga adab-adab khilaf supaya tidak menimbulkan perasaan berburuk sangka pada mujtahid yang lain. Antara perkara khilaf yang sentiasa menjadi kekeliruan masyarakat adalah mengenai hukum agihan daging korban kepada bukan muslim. Hal ini terjadi disebabkan kerana berbeza pandangan fuqaha’ dalam menentukan hukum perkara tersebut. Sebahagian ulama mazhab Shafii berpandangan haram hukumnya memberi daging korban kepada non muslim dan sebahagian yang lain berpandangan harus memberi daging korban kepada mereka. Oleh yang demikian, kajian ini cuba untuk mencari penyelesaian terhadap salah satu isu yang sering kali menimbulkan perselisihan dan kekeliruan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam yang sehingga kini seolah-olah tidak ada kesudahannya. Dalam masa yang sama juga, kajian ini meninjau beberapa pandangan fuqaha Mazhab Shāfii mengenai hukum pengagihan daging korban kepada bukan muslim. Beberapa pandangan ulama dan juga dalil terpilih yang berkaitan hukum pembahagian daging korban kepada bukan muslim. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode analisis dokumen serta metode temu bual. Dua orang Mufti dan juga seorang Timbalan Mufti telah ditemu bual bagi mendapatkan data dan juga dalil-dalil terpilih berhubung dengan perkara berikut. Hasil mendapati bahawa hukum memberi daging korban kepada bukan muslim adalah harus. Keharusan tersebut tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu diutamakan oleh orang Islam sekiranya berhasrat untuk memberi daging korban kepada golongan bukan Muslim. Justeru itu, keutamaan interaksi dakwah kepada golongan tersebut perlu diutamakan selagi mana ia tidak melanggar batasan akidah sebagai seorang Muslim.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 189
Call Number: BP188.M56 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.