Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475730
Title: Pembangunan dan pelaksanaan Kursus Pendidikan Islam dan Fardhu Ain (PIFA) dalam Angkatan Tentera Malaysia
Authors: Zulkifli Mustafa (P77226)
Supervisor: Ezad Azraai Jamsari
Keywords: Angkatan Tentera Malaysia
Kor Agama -- Religious life
Issue Date: 15-Aug-2017
Description: Kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan Brigadier Jeneral Dato’ Haji Mustafa Abd Manap, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) ke-5 yang menegaskan bahawa Kursus Pendidikan Islam dan Fadhu Ain (PIFA) disediakan bertujuan untuk memastikan anggota tentera mengetahui ilmu teras pendidikan Islam. Justeru, kursus PIFA ini dilaksanakan oleh KAGAT setelah diwartakan sebagai kursus kerjaya pada tahun 2013 sebagai syarat wajib lulus bagi semua anggota tentera beragama Islam untuk syarat kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun belum terdapat kajian yang membincangkan aspek pembangunan dan pelaksanaan Kursus PIFA dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Objektif kajian ini adalah untuk mengamati sejarah perkembangan pendidikan Islam dalam ATM sehingga lahirnya modul PIFA ATM dan juga meneliti pembangunan modul mengikut kesesuaian tahap dan pangkat anggota. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis metode pelaksanaan kursus PIFA dalam ATM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan kajian sejarah dan kajian arkib sebagai reka bentuk kajian menerusi penelitian dan analisis terhadap dokumen dan sumber berkaitan. Data-data yang dikumpul dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menghujahkan bahawa pembangunan kursus PIFA ATM merupakan kesinambungan daripada sukatan Pendidikan Islam ATM yang diwujudkan seawal tahun 1986 dan silibus Pendidikan Islam tahun 1990 serta sebagai pelengkap kepada arahan Perintah Majlis Angkatan Tentera tahun 1991 yang dikenali sebagai Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam (DMPKI 9/1991). Peranan kepimpinan di setiap peringkat turut memainkan peranan dalam menjayakan pelaksanaan kursus ini. Kawalan di peringkat pasukan serta lain-lain agensi dalam ATM turut menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan kursus yang diperkenalkan oleh KAGAT. Kajian ini memberi implikasi penting kepada agensi yang terlibat seperti Jabatan Arah KAGAT dan Markas-Markas Perkhidmatan dalam ATM agar sentiasa peka terhadap pelaksanaan kursus PIFA, terutama dalam menyediakan jurulatih dan tenaga pengajar yang berkemampuan untuk melatih dan mendidik anggota tentera sebagai tonggak modal insan ATM.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 171
Call Number: UA853.M4Z837 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN KURSUS.pdf
  Restricted Access
110.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.