Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475725
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Kartom Kamarudin, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorMasturah Abdullah (P77320)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:20Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:20Z-
dc.date.issued2012-01-05-
dc.identifier.otherukmvital:85936-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475725-
dc.descriptionSel fuel metanol langsung (DMFC) ialah suatu peranti bagi menukar bahan kimia kepada tenaga elektrik yang mana mempunyai ketumpatan tenaga yang tinggi dan sesuai untuk aplikasi mudah alih. Dengan adanya reka bentuk DMFC yang terkini, sel fuel jenis ini telah mendapat perhatian umum disebabkan pengendaliannya yang mudah dan mampu untuk menjana tenaga elektrik bagi penggunaan alat elektrik. Walau bagaimanapun, DMFC terhad kepada beberapa faktor yang boleh mengurangkan prestasi termasuklah keracunan mangkin pada bahagian anod dan pindah silang metanol. Dalam kajian ini, fokus kajian adalah untuk memperbaiki aktiviti mangkin pada bahagian anod DMFC bagi tindak balas pengoksidaan metanol. Justeru itu, nanotiub TiO2 (TNT) diperkenalkan sebagai penyokong mangkin bersama dengan karbon hitam bagi mangkin utama iaitu Pt-Ru. TNT yang berpotensi tinggi dipilih sebagai penyokong mangkin disebabkan oleh sifat-sifatnya yang unik seperti luas permukaan spesifik yang tinggi, bahan yang tidak mengakis, ketabilan yang baik pada akueus media, interaksi sokongan logam yang kuat dan tahap keporosan yang tinggi sesuai untuk penyerakan mangkin logam. TNT telah disintesis menggunakan kaedah hidrotermal berdasarkan kepekatan NaOH yang berbeza (6 M, 8 M, 10 M dan 12 M) dan keputusan analisis menunjukan TNT dengan 10 M (TNT-10) memberikan sifat-sifat nanotiub yang terbaik dan pembentukan tiub yang sempurna dengan panjang 550 nm dan diameter 70 nm. TNT-10 dan karbon hitam kemudian digunakan sebagai penyokong mangkin bagi Pt-Ru (10 wt%) dan disintesis menggunakan kaedah pengurangan bahan kimia. Daripada ujian prestasi elektrokimia sel-separuh DMFC, di dapati Pt-Ru/TNT10-C menunjukkan prestasi sebagai mangkin terbaik dengan ketumpatan arus yang dicapai sebanyak 3.3 mA/cm2 (normalan EASA). Selain itu, toleransi mangkin bagi PT-Ru/TNT10-C juga berada dalam keadaan yang terbaik berbanding mangkin lain yang disediakan dan tahap kestabilan yang tinggi juga tercapai sebanyak 18 %. Prestasi mangkin yang tinggi telah membuktikan bahawa Pt-Ru/TNT10-C merupakan gabungan yang terbaik sebagai mangkin anod untuk DMFC. Reka bentuk eksperimen (DOE) berdasarkan kaedah sambutan permukaan (RSM) telah dijalankan untuk menentukan input optima bagi dua faktor yang terlibat (muatan mangkin, Pt-Ru dan nisbah sokongan mangkin, TNT10: C) bagi sintesis mangkin Pt-Ru/TNT10-C dalam mencapai output optima iaitu ketumpatan arus. Berdasarkan DOE, muatan mangkin optima bagi Pt-Ru dan nisbah sokongan mangkin (TNT10: C) adalah masing-masing 20.92 wt% dan 40.11:59.89 wt%. Ketumpatan arus sel-separuh DMFC yang optima berdasarkan faktor yang optima adalah 51.90 mA/cm2. Berdasarkan keputusan ini, Pt-Ru/TNT10-C menunjukkan potensi yang tinggi sebagai mangkin anod bagi DMFC dengan prestasi aktiviti elekto-mangkinan dan kestabilan yang terbaik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFuel Cell Institute / Institut Sel Fuel-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSel fuel-
dc.subjectMangkin-
dc.subjectMetanol-
dc.subjectNanotiub-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis dan pencirian Pt-Ru/TNT10-c sebagai mangkin anod untuk aplikasi sel fuel metanol langsung (DMFC)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages118-
Appears in Collections:Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SINTESIS DAN PENCIRIAN Pt-RuTNT10-C SEBAGAI MANGKIN ANOD UNTUK APLIKASI SEL FUEL METANOL LANGSUNG DMFC.pdf
  Restricted Access
522.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.