Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475721
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salmijah Surif, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Koh Siew Min (P46535) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:18Z | - |
dc.date.issued | 2015-07-31 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84853 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475721 | - |
dc.description | Makroinvertebrat bentik (juga dikenali sebagai bentos) adalah sensitif terhadap perubahan sekitaran habitat dan berpotensi untuk digunakan sebagai penunjuk biologi bagi perubahan kualiti sesuatu ekosistem. Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh parameter fizikal dan kimia terhadap sebaran bentos di Sg. Langat serta mengenalpasti potensi bentos sebagai penunjuk biologi dalam pemantauan kualiti air sungai. Pensampelan air dan bentos dijalankan setiap dua bulan bermula Mac 2009 hingga Januari 2010 pada lima stesen pensampelan terpilih dari kawasan Pangsoon hingga ke UKM di Bangi. Pengukuran in situ dilakukan untuk pH, oksigen terlarut (DO), suhu, kekonduksian, jumlah pepejal terlarut (TDS) dan kelajuan arus, manakala parameter ex situ: permintaan oksigen biokimia (BOD5), permintaan oksigen kimia (COD), ammoniakal nitrogen (NH3-N), jumlah pepejal terampai (TSS) dan kandungan logam berat diuji di makmal. Bentos disampel menggunakan jaring Surber dan dicamkan hingga aras famili. Indeks kualiti air (WQI) Malaysia dikirakan dengan berdasarkan enam parameter iaitu DO, pH, BOD5, COD, NH3-N dan TSS. Nilai WQI didapati di antara 90.1 dengan 52.2 (kelas II dan kelas III) dengan penurunan kualiti air dari stesen di bahagian hulu ke hilir (S1-S5) terutamanya di stesen terakhir iaitu KTM UKM (S5) diperhatikan. Kepekatan median bagi semua logam berat kajian dalam air sungai berada dalam kelas II berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS) bagi semua stesen kecuali logam Mn yang tinggi dengan mendadak di stesen terakhir, KTM UKM (S5) yang mana tercatat 147.9 μg/L dan dikategorikan dalam kelas IV. Sejumlah 48 famili bentos telah direkodkan. Kumpulan paling dominan mewakili 76% daripada jumlah yang ditemui, terdiri daripada Diptera, Trichoptera, Ephemeroptera dan Mollusca. Bilangan famili yang lebih tinggi dicatatkan di stesen S1 hingga S4 dan kumpulan lebih sensitif terhadap pencemaran seperti Ephemeroptera dan Trichoptera didapati lebih dominan, disokong oleh indeks Shannon, Margalef, kekayaan EPT (Ephemeroptera, Plecoptera, Trichoptera), EPT/C (EPT/Chironomidae), BMWP (Biological Monitoring Working Party score) dan ASPT (average score per taxon) yang lebih tinggi (p<0.05). Sebaliknya, bilangan famili yang dijumpai di KTM UKM (S5), stesen paling hilir sungai, adalah lebih rendah dan didominasikan oleh kumpulan lebih toleran seperti Hirudinea dan sebahagian Diptera dengan indeks FBI dan kepadatan Chironomidae yang lebih tinggi (p<0.05). Analisis CCA (canonical correspondence analysis) menunjukkan bahawa WQI dan komposisi substrat merupakan parameter penting yang mempengaruhi sebaran bentos di kawasan kajian. Nilai tinggi (>80%) indeks penunjuk (IndVal) mencadangkan bahawa famili Heptageniidae, Leptophlebiidae, Caenidae, Baetidae, Perlidae, Leptoceridae, Hydroptilidae, Dytiscidae, Gyrinidae, Elmidae, Hydrophilidae, Gomphidae, Sphaeriidae, Tipulidae dan Ceratopogonidae yang kebanyakannya dijumpai di stesen-stesen bahagian hulu sungai (S1-S4) yang mempunyai substrat terdiri daripada batu buntar dan pasir, berpotensi untuk digunakan sebagai penunjuk biologi bagi kualiti air sungai kelas II, manakala famili Planorbidae, Physidae, Palaemonidae, Gammaridae, Glossiphoniidae, Erpobdellidae, Tubificidae dan Naididae yang kebanyakannya terdapat di stesen paling hilir sungai (S5) yang dicirikan oleh substrat berlumpur, berpotensi untuk digunakan sebagai penunjuk biologi bagi kelas III.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Makroinvertebrat bentik | - |
dc.subject | Biologi | - |
dc.subject | Water quality biological assessment. | - |
dc.title | Kepelbagaian makroinvertebrat bentik di Sungai Langat dan potensi dalam pemantauan kualiti air | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 145 | - |
dc.identifier.callno | QH96.8.B4K636 2012 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.