Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475700
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd Nor Abdullah, Dr.-
dc.contributor.authorMaryam Md Rofiee (P68773)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:07Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:07Z-
dc.date.issued2014-02-02-
dc.identifier.otherukmvital:84346-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475700-
dc.descriptionAl-Hadith adalah antara sumber utama dalam menentukan sesuatu kaedah tatabahasa Arab. Seiring dengan perkembangan ilmu tatabahasa Arab, sumber al-Hadith ini sering mendapat perhatian untuk dikaji dan diteliti. Ini kerana, berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan ulama tatabahasa Arab bagi menjadikan al-Hadith sebagai hujah dan dalil dalam pengkaedahan tatabahasa Arab. Perselisihan pendapat tersebut telah menyebabkan munculnya tiga golongan dalam isu ini iaitu golongan yang menolak, menerima dan pertengahan iaitu menerima sebahagian al-Hadith dan juga menolak sebahagian yang lain. Al-Suyuti merupakan antara ulama tatabahasa Arab yang dikatakan menolak penghujahan al-Hadith. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan lain yang mengatakan beliau berada dalam golongan pertengahan. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan tatabahasa Arab pada era al-Suyuti dan sumber-sumber yang digunakannya sebagai hujah dalam pengkaedahan tatabahasa Arab secara umum, di samping menelusuri riwayat hidup al-Suyuti. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti kaedah tatabahasa Arab yang menggunakan al-Hadith sebagai shahid (hujah) dalam kitab Hamc al-Hawamic fi Sharh Jamc al-Jawamic. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan kajian tatabahasa. Sementara itu, kaedah pengumpulan data kajian menggunakan kaedah analisis dokumen. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kaedah tatabahasa Arab dalam kitab Hamc al-Hawamic yang menjadikan al-Hadith sebagai sumber penghujahan kaedah tatabahasa Arab. Ini menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menolak penghujahan al-Hadith. Buktinya, terdapat 160 shahid al-Hadith yang diaplikasikan dalam kitab tersebut. Sungguhpun begitu, al-Hadith yang digunakan oleh al-Suyuti ialah al-Hadith yang bertepatan dengan kaedah tatabahasa Arab dan diriwayatkan dengan lafaz Baginda s.a.w sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini menyerlahkan keunggulan dan kewibawaan al-Hadith sebagai sumber yang tidak wajar diragui dan dipertikaikan lagi kedudukannya dalam bidang tatabahasa Arab.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAl-Hadith-
dc.subjectTatabahasa Arab-
dc.subjectHadith-
dc.titleIstishhad al-Suyuti (849-911 H) dengan al-hadith dalam kitab Ham al-hawami fi sharh jam' al-jawami'-
dc.typeTheses-
dc.format.pages137-
dc.identifier.callnoPJ6697.M347 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.