Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475698
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJawiah Dakir, Prof. Datin Paduka Dr.-
dc.contributor.authorNur Zakirah Mohd Sutan (P58645)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:06Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:06Z-
dc.date.issued2015-03-10-
dc.identifier.otherukmvital:84342-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475698-
dc.descriptionAl-Qur’an dan al-Sunnah merupakan sumber utama undang-undang Islam. Di Malaysia undang-undang Islam telah dikanunkan bagi memudahkan urusan pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri. Kajian ini dilakukan terhadap Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 yang telah dikanunkan berasaskan dua sumber tersebut. Walau bagaimanapun Akta yang telah diluluskan ini tidak memasukkan dalil-dalil dan nas-nas setiap seksyen yang diperuntukkan, umpamanya bahagian yang memperuntukkan undang-undang perkahwinan, dalam akta yang sedia ada, tidak disertakan dengan nas-nas dan hujah-hujah al-Qur’an dan al-Sunnah yang seragam sedangkan nas-nas tersebut menjadi hujah dalam pembinaan akta-akta tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka, mengenalpasti, dan menganalisis nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang berkaitan dengan beberapa bahagian yang terdapat undang-undang tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan kitab-kitab muktabar dalam bidang tafsir dan hadith. Huraian dan pandangan ulama tafsir, hadith dan pelbagai mazhab fikah juga dikaji dan analisis bagi mendapatkan pandangan yang berbeza, namun mazhab al-Shafici menjadi keutamaan dalam setiap perbahasan. Kajian ini juga melibatkan temu bual dengan kumpulan pakar yang terlibat dengan penghakiman (Hakim) dan Pengamal Undang-undang Syarci (Peguam) di Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati terdapat dua sumber dalil iaitu dalil khusus dan dalil umum daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang menjadi teras pembinaan bahagian-bahagian dalam akta tersebut. Dalil khusus adalah nas yang secara langsung menjadi asas peruntukan yang berkaitan seperti nas-nas mengenai perwalian dalam perkahwinan, pertalian yang melarang perkahwinan, persetujuan dalam perkahwinan, mas kahwin, pertunangan dan poligami. Manakala dalil umum pula adalah nas yang tidak langsung menjadi dalil dalam beberapa peruntukan dalam beberapa bahagian akta tersebut seperti dalam soal pentadbiran undang-undang keluarga Islam sama ada dari segi pendaftaran perkahwinan mahupun penalti atau kesalahan yang berhubung dengan pendaftaran perkahwinan dan akad nikah. Justeru, hasil kajian ini membuktikan bahawa Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 diluluskan berasaskan nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia boleh digunakan sebagai rujukan.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAl-Quran dan al-Sunnah-
dc.subjectkeluarga Islam-
dc.subjectDomestic relations (Islamic law)-
dc.titleAl-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber pembinaan akta undang-undang keluarga Islam di Malaysia : kajian terhadap akta undang-undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984-
dc.typeTheses-
dc.format.pages199-
dc.identifier.callnoBP158.D6N84 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.