Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475696
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaheram Ahmad, Dr.-
dc.contributor.authorNik Norimah Tuan Mat (P67609)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:05Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:05Z-
dc.date.issued2015-07-06-
dc.identifier.otherukmvital:84340-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475696-
dc.descriptionPenggunaan kaedah nahu terjemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab didapati menyebabkan pelajar tidak mampu menguasai bahasa secara efektif. Namun demikian, keperluan kepada kaedah terjemahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Malaysia tidak dapat dinafikan secara mutlak meskipun terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penggunaan kaedah ini. Menyedari kepentingan bahasa ibunda dan terjemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua mahupun bahasa asing, penterjemahan wajar dilihat sebagai aktiviti yang mempunyai fungsi dan peranan tersendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan kaedah terjemahan sebagai alat yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta menganalisa pelaksanaan kaedah terjemahan dalam kalangan guru bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Kes yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelaksanaan kaedah terjemahan dalam pengajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu. Seramai enam orang guru mata pelajaran bahasa Arab terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen temu bual separa struktur. Bagi memastikan tiada maklumat yang tertinggal, rakaman audio turut dijalankan. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menghurai dapatan yang diperoleh bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan kaedah terjemahan digunakan menerusi penerapan bahasa ibunda dan terjemahan sebagai bahasa perantaraan, pendekatan yang pelbagai merangkumi pendekatan tradisional iaitu kaedah nahu terjemahan, analisis nahu kontrastif serta kegunaan kamus. Dari aspek relevansi, keperluan penggunaan kaedah terjemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab adalah bergantung kepada tahap penguasaan dan kemahiran bahasa pelajar. Terjemahan berperanan memberi keterangan dan penjelasan kepada pelajar menerusi pengetahuan dan maklumat bahasa yang telah dimiliki oleh pelajar.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPelajaran Bahasa Arab-
dc.subjectArabic language-
dc.titlePenggunaan kaedah terjemahan dalam pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu-
dc.typeTheses-
dc.format.pages171-
dc.identifier.callnoPJ6069.S45N535 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.