Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475690
Title: Pemikiran sains George Sarton di dalam karya Introduction to the history of science
Authors: Nabihah Liyana Salan (P 61966)
Supervisor: Roziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
Keywords: George Sarton
Structure of Scientific Revolution
Science
Issue Date: 30-Jan-2014
Description: Pernyataan masalah ini bertitik tolak daripada kenyataan Thomas Kuhn menerusi The Structure of Scientific Revolution yang mengemukakan teori paradigma yang berupa matriks disiplin ilmu yang kaya dengan budaya, kepercayaan, pandangan dan pemikiran sains. Dalam konteks sains, paradigma merujuk kepada model kerangka yang mempunyai konsep, matlamat, falsafah, nilai dan kaedah. Kuhn berpandangan bahawa sains bergantung kepada paradigma. Paradigma pula melibatkan sistem nilai, etika, pemikiran dan pandangan alam saintis yang terlibat. Ini bermakna, sains tidak pernah terpisah daripada sistem nilai. Jika demikianlah sifat sains, maka sebarang penulisan karya mengenai sains termasuklah sejarah sains juga sepatutnya dilakukan tanpa terpisah daripada nilai. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji biografi George Sarton, mengamati karya Introduction to the History of Science (ITTHOS), meneliti metode penulisan ITTHOS dan menganalisis pemikiran sains George Sarton berdasarkan ITTHOS. Kajian ini berteraskan reka bentuk kualitatif yang diasaskan kepada kajian sejarah, kajian analisis kandungan, kajian biografi dan kajian analisis kritikan. Data dikumpul menerusi kaedah tekstual. Manakala analisa data pula dilakukan menerusi kaedah deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa Sarton mempunyai latar belakang kehidupan yang menarik; karya ITTHOS dihasilkan berdasarkan kepada 12 tema utama; terdapat tiga metode penulisan yang digunakan oleh Sarton iaitu metode kronologi tahun, metode model map-maker dan metode transliterasi bagi bahasa asing; terdapat dua pemikiran sains Sarton iaitu sains terikat dengan agama dan sains terikat dengan budaya. Maka, dapat disimpulkan bahawa Sarton berjaya menghasilkan satu karya mengenai sejarah sains yang tidak terpisah daripada nilai. Kajian ini memberi sumbangan dari sudut kriteria yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan sebuah karya dalam bidang sejarah sains. Kriteria yang dimaksudkan ialah keterikatan antara sains dengan nilai.,Master / Sarjana
Pages: 182
Call Number: Q125.S2473N33 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.