Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475674
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda-
dc.contributor.authorSadiqa Abdul Rahman (P57394)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:55Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:55Z-
dc.date.issued2011-08-22-
dc.identifier.otherukmvital:84284-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475674-
dc.descriptionTanah Rizab Melayu wujud semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, Islam juga telah mengaplikasikan konsep Tanah Simpanan kepada golongan Muslim. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara konsep Tanah Rizab Melayu dan undang-undang tanah Islam yang boleh dibuat perbandingan. Seksyen 81, Enakmen Rizab Melayu Kedah memperuntukkan bahawa orang-orang berketurunan Siam boleh memohon tanah kerajaan dalam kawasan Rizab Melayu yang terdapat di negeri Kedah. Statistik perangkaan Tanah Rizab Melayu yang masih milikan Melayu di negeri Kedah antara yang paling merosot berbanding di awal pelaksanaannya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep Tanah Rizab Melayu di Malaysia, khususnya negeri Kedah dan menganalisis data terkini Tanah Rizab Melayu Kedah yang masih dalam milikan Melayu. Selain itu, kajian ini bertujuan membandingkan Tanah Rizab Melayu dengan amalan undang-undang tanah Islam. Pemilihan negeri Kedah sebagai kawasan kajian kerana, peruntukan enakmen Tanah Rizab Melayu negeri Kedah mempunyai kelainan tersendiri berbanding Enakmen Rizab Melayu negeri-negeri lain. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Metode deskriptif digunakan untuk mengambil dan menganalisis pandangan fuqaha dan perundangan hartanah Malaysia dalam mentafsirkan konsep Tanah Rizab Melayu khususnya di negeri Kedah. Metode temubual separa struktur digunakan untuk pengumpulan data terkini berkaitan Tanah Rizab Melayu di negeri Kedah. Manakala, metode komparatif turut digunakan bagi mencari perbezaan dan persamaan Tanah Rizab Melayu dengan undang-undang tanah Islam, menurut perspektif Islam dan sivil. Hasil kajian mendapati keluasan Tanah Rizab Melayu mengalami pola perubahan keluasan tanah yang tidak konsisten. Daripada 868,873.60 hektar Tanah Rizab Melayu di Kedah pada tahun 2013, sebanyak 5,114.37 hektar Tanah Rizab Melayu di Kedah telah dibatalkan. Sebanyak 1232.26 hektar tanah yang belum digantikan oleh kerajaan negeri Kedah kepada pemilik-pemilik Tanah Rizab Melayu. Konsep Tanah Rizab Melayu tidak bercanggah dengan undang-undang tanah Islam. Implikasi kajian ini memberi impak yang besar kepada polisi konsep Tanah Rizab Melayu dan pihak yang berautoriti terutamanya pihak yang membuat pindaan supaya boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada orang Melayu Islam di Malaysia.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRizab Melayu-
dc.subjectal-Hima-
dc.subjectLand tenure (Islamic law)-
dc.titlePerbandingan enakmen tanah rizab Melayu di Kedah dengan tanah simpanan (al-Hima) menurut undang-undang Islam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages178-
dc.identifier.callnoBP158.L28S235 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.