Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475665
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHuda Abdullah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Syafiq Zulfakar (P60931)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:50Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:50Z-
dc.date.issued2016-01-01-
dc.identifier.otherukmvital:82226-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475665-
dc.descriptionPembangunan bahan dielektrik menjadi satu kajian yang menarik perhatian ramai penyelidik kerana keunikan cirinya yang boleh diaplikasikan sebagai bahan dielektrik untuk sistem komunikasi tanpa wayar. Ini kerana dengan nilai dielektrik yang berbeza akan memberi kesan terhadap dimensi serta prestasi antena. Oleh itu, objektif kajian penyelidikan adalah untuk mengkaji dan menghasilkan bahan dielektrik zink alumina (ZnAl2O4) dan zink ferit (ZnFe2O4) yang didopkan dengan bahan silikon dioksida (SiO2) melalui kaedah sol-gel. Sifat morfologi, pembentukkan fasa, sifat optikal dan elektrik turut dikaji. Antena tampalan jalur mikro telah dihasilkan menggunakan bahan dielektrik ini dimana ianya dikaji berdasarkan kepada komposisi SiO2 dan juga suhu sepuhlindap yang berbeza. Seterusnya, serbuk ZnAl2O4 dan ZnFe2O4 yang terhasil divariasikan pada suhu sepuhlindap yang berbeza iaitu 450 °C, 550 °C dan 650 °C. Sampel yang terhasil dicirikan menggunakan mikroskopi elektron imbasan medan terserak (FESEM), sebaran tenaga sinar – x (EDX), spektroskopi pembelauan sinar – x (XRD), mikroskopi daya atomik (AFM), spektroskopi infra-merah transformasi fourier (FTIR), spektrafotometer ultra lembayung cahaya nampak (Uv-Vis), pemalar dielektrik (εr) dan juga prestasi antena. Keputusan analisis berdasarkan imbasan FESEM menunjukkan peningkatan saiz butiran untuk sampel ZnAl2O4 – SiO2 yang disepuhlindapkan pada suhu 450 dan 550 °C. Purata saiz butiran di antara 367.83 – 399.87 nm menunjukkan peningkatan saiz butiran apabila suhu sepuhlindap ditingkatkan. Struktur butiran juga menjadi lebih seragam dan kurang lohong yang terhasil di antara butiran apabila suhu ditingkatkan. Analisis EDX membuktikan kehadiran zink, aluminium, silicon dan oksigen dalam setiap sampel filem nipis ini. Analisis XRD membuktikan penghasilan struktur spinel utk sampel ZnAl2O4 dan ZnFe2O4. Fasa yang terhasil adalah kubus berpusat muka pada orientasi satah (220), (311), (331) dan (422) untuk sampel ZnAl2O4. Manakala, untuk sampel ZnFe2O4 fasa yang terhasil adalah pada orientasi satah (220), (100), (311), (101), (400) dan (511). Kekasaran permukaan yang diperolehi untuk setiap sampel filem nipis yang dihasilkan adalah berbeza mengikut komposisi dopan yang berlainan dengan purata kekasaran yang diperolehi berada sekitar 1.34 – 0.33 nm. Nilai pemalar dielektrik yang diperolehi bagi sampel ZnAl2O4 dan ZnFe2O4 adalah sekitar ~ 8.30 dan 6.27 dan dapat diperhatikan peningkatan berlaku apabila komposisi x bagi SiO2 ditingkatkan. Kesimpulannya, dengan penambahan bahan SiO2 dan suhu sepuhlindap yang berbeza akan memberi kesan terhadap bahan ZnAl2O4 dan ZnFe2O4 dan seterusnya boleh diaplikasikan kepada sistem komunikasi tanpa wayar sebagai bahan dielektrik yang baru.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDielektrik-
dc.subjectSistem komunikasi-
dc.subjectAntena-
dc.subjectGelombang mikro-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan penambahan SiO2 terhadap ZnAl204 dan ZnFe204 sebagai bahan dielektrik gelombang mikro untuk diaplikasikan kepada antena tampalan jalur mikro-
dc.typeTheses-
dc.format.pages102-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.