Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475585
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaidah Mustapha-
dc.contributor.authorArdiah Jamali (P51454)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:10Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:10Z-
dc.date.issued2013-10-10-
dc.identifier.otherukmvital:75495-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475585-
dc.descriptionKajian ini dilakukan untuk meneliti sebab seni tekat dijadikan sebagai suatu hasil kraftangan dan warisan kerajaan negeri Perak telah menjadi kurang signifikan dalam kehidupan masyarakat di negeri Perak. Terdapat tiga objektif yang menjadi panduan kajian kuantitatif dan kualitatif ini. Objektif pertama adalah untuk menghuraikan proses menghasilkan seni tekat bagi mengetahui faktor-faktor yang menyebabkannya hampir pupus dan bersifat esklusif. Kedua, kajian ini meneliti tahap pengetahuan tentang seni tekat, penghayatan, dan pemilikannya dalam kalangan masyarakat tebingan Sungai Perak. Objektif seterusnya adalah untuk meneliti cabaran, potensi, dan strategi untuk mengangkat semula seni tekat dengan mengiktirafnya sebagai sebuah produk pelancongan dan identiti masyarakat tebingan Sungai Perak. Responden dan informan adalah dalam kalangan penduduk di tebingan Sungai Perak, individu yang terlibat dalam penghasilan seni tekat, dan juga orang berkepentingan dalam industri pelancongan. Kajian ini dilakukan di empat buah kampong iaiatu kampung Siput, Kampung Kota Lama Kiri, Kampung Padang Ampang, dan Kampung Kulim daerah Kuala Kangsar. Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual mendalam. Kajian ini menunjukkan bahawa kesukaran dalam proses penghasilan produk seni tekat dan sifat esklusifnya menjadi dua penyebab utama pengeluarannya terhad. Tambahan pula, generasi muda kini juga kurang berminat mempelajari proses penghasilan seni tekat. Walaubagaimanapun, kerajaan negeri Perak telah mengenalpasti potensi penghasilan seni tekat sebagai warisan negeri Perak dalam rancangan ‘satu daerah satu industri’ melalui pelan Strategic Business Unit (SBU). Tekat menjadi industri kraftangan di daerah Kuala kangsar dan kerap ditunjukkan dalam pameran dan promosi pelancongan. Pelbagai cabaran dan strategi seni tekat dikenalpasti berguna untuk dijadikan panduan dalam perancangan strategik untuk mempromosi dan mengekalkannya sebagai budaya material atau kraftangan yang sangat berguna kepada masyarakat serta sebagai satu seni berharga.,Sarjana Sastera-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSeni tekat-
dc.subjectKraftangan-
dc.subjectProduk pelancongan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSeni tekat: potensi dan cabaran budaya material-
dc.typeTheses-
dc.format.pages230-
dc.identifier.barcode001035-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.