Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468007
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fazlizan Abdullah, Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Fadhli Ramlee (P94427)-
dc.date.accessioned2023-10-02T07:24:45Z-
dc.date.available2023-10-02T07:24:45Z-
dc.date.issued2020-11-28-
dc.identifier.otherukmvital:125270-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468007-
dc.descriptionPermintaan terhadap turbin angin berskala kecil sebagai penjana kuasa di persekitaran terbina meningkat sejak beberapa tahun ini disebabkan oleh desakan dalam mengurangkan jejak karbon di kawasan bandar. Turbin angin paksi menegak (VAWT) mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan memandangkan kesesuaiannya dengan dengan keadaan angin kompleks di persekitaran terbina. Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih terdapat kekurangan dari segi bilangan penyelidikan dan penerbitan serta kelopongan dalam kefahaman asas terhadap kesan kepaduan dengan mengubah diameter rotor terhadap prestasi turbin angin terutamanya dari jenis Darrieus VAWT dengan bilah yang lurus. Berdasarkan kajian kepustakaan, Darrieus VAWT mempunyai dua kekurangan utama iaitu kecekapan yang rendah dan kemampuan mula diri yang lemah. Kepaduan turbin, σ merupakan antara parameter penting yang memberi pengaruh positif terhadap prestasi Darrieus VAWT dalam keadaan operasi tertentu, di mana dapat dilihat berlaku peningkatan terhadap prestasi kuasa VAWT dan kemampuan mula diri turbin. Justeru, pendekatan berangka komprehensif dijalankan dalam kajian ini untuk memberi kefahaman tentang fenomena aerodinamik dan sifat aliran angin di sekitar turbin dan bilah yang mempengaruhi prestasi VAWT dengan kepaduan berbeza. Kesan kepaduan dikaji dengan mengubah diameter rotor, D sementara bilangan bilah, N dan panjang rentas bilah, c tidak berubah. Kajian berangka dijalankan menggunakan simulasi dinamik bendalir komputeran (CFD) berfideliti tinggi dengan bantuan perisian ANSYS Fluent. Model CFD dua dimensi (2D) VAWT jenis H-Darrieus dengan lima kepaduan berbeza iaitu σ = 0.3, 0.4, 0.5, 0.6 dan 0.7 dibangunkan dan diuji pada julat nisbah laju hujung, λ yang besar (0.5 ≤ λ ≤ 4.5). Keputusan simulasi CFD yang diperolehi dibandingkan dan disahkan dengan hasil simulasi dan kajian eksperimen yang telah diterbitkan bagi memastikan keabsahan hasil simulasi CFD yang dijalankan ini. Hasil simulasi CFD menunjukkan turbin berkepaduan tinggi (σ = 0.7) boleh beroperasi dengan baik serta mampu menghasilkan pekali momen seketika, Cm yang tinggi pada λ yang rendah. Sebaliknya, turbin berkepaduan rendah (σ = 0.3) mempunyai prestasi kuasa yang baik pada λ sederhana-tinggi dan mempunyai julat operasi yang besar. Di samping itu, dua fenomena aliran utama yang diperhatikan telah mempengaruhi prestasi VAWT adalah pegun dinamik (dynamic stall) yang dialami oleh turbin berkepaduan rendah pada λ rendah dan kesan sekatan angin yang dialami oleh turbin berkepaduan tinggi pada λ sederhana-tinggi. Hasil analisis ini seterusnya dijadikan panduan utama dalam menghasilkan satu konsep reka bentuk baru VAWT dengan kemampuan mengubah diameter rotor semasa operasi. Kajian ini diharapkan dapat membantu memberikan gambaran dan kefahaman tentang kesan perubahan yang berlaku pada diameter rotor terhadap prestasi kuasa VAWT di samping menjadi panduan kepada para pereka dalam menghasilkan reka bentuk VAWT yang ideal.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationSolar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectTurbin angin-
dc.subjectPenjana kuasa-
dc.titleKajian berangka kesan kepaduan berasaskan diameter rotor terhadap prestasi turbin angin paksi menegak jenis H-Darrieus-
dc.typetheses-
dc.format.pages125-
dc.identifier.barcode005842(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125270+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.