Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468001
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJoy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNorazam Ab Samah (P69675)-
dc.date.accessioned2023-10-02T06:59:52Z-
dc.date.available2023-10-02T06:59:52Z-
dc.date.issued2019-11-18-
dc.identifier.otherukmvital:118599-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468001-
dc.descriptionDaya tahan alam bina hospital merupakan keupayaan hospital dalam menyerap serta menampung tekanan semasa bencana dengan efektif. Kerosakan dan kemusnahan alam bina hospital akan mengakibatkan kegagalan hospital berfungsi dengan baik terutama bagi merawat serta memberikan perkhidmatan kesihatan bagi mangsa bencana termasuklah pesakit yang sedia ada di hospital. Kajian ini direka untuk mengenalpasti aspek yang mempengaruhi daya tahan alam bina hospital semasa bencana, menilai tahap daya tahan alam bina hospital termasuk pemahaman risiko dan urus tadbir bagi mengekalkan fungsi hospital serta memberikan cadangan peningkatan daya tahan alam bina hospital sebagai langkah persediaan. Tiga buah hospital utama yang terjejas teruk semasa kejadian banjir di Kelantan pada penghujung 2014 telah dipilih sebagai kajian kes iaitu Hospital Kuala Krai, Hospital Tanah Merah, dan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bahru. Kajian ini telah menggunakan empat kaedah utama iaitu kajian literatur bagi mengenalpasti aspek daya tahan yang diperlukan di setiap hospital, soal selidik untuk mengenalpasti kriteria daya tahan alam bina hospital, tinjauan lapangan untuk menilai tahap daya tahan hospital dan pengadaan bengkel kepakaran di ketiga-tiga hospital tersebut. Aspek daya tahan yang dikenalpasti melalui kajian literatur adalah kekuatan, lebihan, kepantasan dan sumber daya. Analisis soal selidik telah menghasilkan ukuran potensi alam bina hospital yang meliputi 0.499 kekuatan + 0.302 lebihan + 0.199 kepantasan. Berdasarkan analisis ini juga, kajian mendapati jabatan paling utama yang perlu berfungsi semasa bencana merupakan Jabatan Kecemasan iaitu sebanyak 87.8%. Tinjauan lapangan mendapati tahap daya tahan hospital telah dikelaskan kepada baik, sederhana dan rendah dalam mengekalkan fungsi perkhidmatan hospital semasa bencana. Antara input-input utama yang diperolehi melalui bengkel kepakaran hospital adalah pengadaan ruangan yang lebih besar beserta kelengkapan persediaan bencana di Jabatan Kecemasan, keperluan transformasi ruangan sebagai tindakan semasa bencana dan sistem utiliti yang mencukupi supaya operasi sesebuah hospital dapat diteruskan dalam tahap yang maksimum semasa bencana. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengukuhkan kepentingan daya tahan alam bina hospital yang mampu menyerap tekanan bencana, bertindak balas dan pulih dalam kadar segera dengan mengambilkira tiga kriteria utama iaitu kekuatan, lebihan dan kepantasan.,Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationSoutheast Asia Disaster Prevention Research Institute / Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSustainable architecture-
dc.subjectArchitecture -- Environmental aspects-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleDaya tahan alam bina hospital terhadap bencana: kajian kes di Kelantan, Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages128-
dc.identifier.callnoNA2542.36.N647 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004627(2020)-
Appears in Collections:Southeast Asia Disaster Prevention Research Institute / Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118599+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
190.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.