Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465920
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYosni Bakar, Dr-
dc.contributor.authorNoor Mutasha Biha binti Mohd Din (P61361)-
dc.date.accessioned2023-10-02T04:31:06Z-
dc.date.available2023-10-02T04:31:06Z-
dc.date.issued2014-08-14-
dc.identifier.otherukmvital:76547-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465920-
dc.descriptionKadar permintaan yang tinggi di pasaran mengakibatkan ketam bakau (Scylla serrata, Forskal 1775) dieksploitasi secara berterusan. Spesies ini dieksport secara besar-besaran ke pelbagai negara khususnya negara yang diduduki oleh masyarakat Cina. Untuk mengelakkan daripada ancaman kepupusan, langkah pengurusan dan pemuliharaan perlu diperkenal dan diaplikasikan. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai struktur populasi, hubungan lebar karapas-berat badan, morfometrik dan saiz pada kematangan pertama S. serrata di Semenanjung Malaysia. Seratus sampel ketam diperoleh dari setiap lima lokasi kajian iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perak. Analisis nisbah jantina di dalam kajian ini mendapati nisbah jantina keseluruhan tidak mencapah dari nisbah 1:1 (χ²=0.97; dk= 1; p>0.05). Ujian homogeiniti varians terhadap taburan binomial pula menunjukkan pecahan sampel ketam jantan kepada ketam betina adalah seragam (χ²=3.63; dk= 4; p>0.05). Saiz ketam betina didapati lebih besar daripada ketam jantan dengan nilai maksimum lebar karapas ketam betina dan ketam jantan masing-masing ialah 126 mm dan 117 mm manakala nilai minimum bagi ketam jantan ialah 31 mm dan ketam betina 65 mm. Hubungan antara lebar karapas dan berat ketam adalah signifikan (r2 = 0.65 - 0.96). Ujian t dan analisis kovarians menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi nilai kecerunan (b) regresi lebar karapas dan berat ketam antara populasi jantan (1.984 - 3.530) dan betina (2.486 - 2.984) di semua lokasi kecuali populasi Terengganu. Kajian morfometrik menggunakan analisis multivariat dapat memisahkan ketam jantan dan betina dan mengenal pasti lebar cheliped, lebar merus, lebar abdomen ke-5 dan panjang abdomen sebagai ciri pemisah antara jantina. Pemisahan antara populasi tidak begitu jelas kerana terdapat pertindihan antara populasi. Namun, analisis kluster menunjukkan S. serrata di Semenanjung Malaysia membentuk dua kelompok utama iaitu kelompok pantai timur dan kelompok pantai barat. Saiz kematangan pertama lima populasi S. serrata jantan berada dalam julat 74.5 mm-101.92 mm manakala bagi populasi S. serrata betina pula adalah 87.96 mm - 127.54 mm. Semua maklumat yang diperoleh boleh dijadikan rujukan dan garis panduan dalam mewujudkan langkah pengurusan dan pemuliharaan S. serrata di Semenanjung Malaysia,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKetam bakau-
dc.titleKajian struktur populasi, morfometrik dan saiz pada kematangan pertama ketam bakau (scylla serrata) di Semenanjung Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages112-
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_76547+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.