Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465919
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.date.accessioned2023-10-02T04:31:05Z-
dc.date.available2023-10-02T04:31:05Z-
dc.date.issued2014-05-16
dc.identifier.otherukmvital:75869
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465919-
dc.descriptionKejayaan Malaysia dalam menerima dan seterusnya melaksanakan Protokol Montreal di peringkat tempatan adalah disebabkan kerjasama pihak berkepentingan mendapatkan kata sepakat melalui rundingan. Lima pendekatan yang biasanya di gunakan dalam rundingan iaitu pendekatan struktur, startegik, proses, tingkah laku dan pendekatan integrasi.Kajian ini menghujahkan bahawa kejayaan Protokol Montreal di peringkat tempatan ini dipengaruhi oleh pendekatan struktur yang mempunyai dua elemen iaitu elemen pendekatan struktur bersifat memiliki dan hubungan. Pendekatan kajian ini bersifat kualitatif, justeru dua kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat. Kaedah pertama adalah analisis dokumen yang mana melibatkan dokumen-dokumen yang menunjukkan penglibatan pihak berkepentingan dalam rundingan tersebut. Kaedah kedua adalah temubual mendalam dengan pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam proses rundingan tersebut. Keseluruhan analisis dokumen mengadungi lima tema utama iaitu dominasi, pasaran, pengaruh, diplomasi dan kesamarataan. Manakala keseluruhan analisis temubual mengandungi empat tema utama iaitu dominasi, pasaran, pengaruh dan diplomasi. Kesemua tema-tema utama ini mengandungi elemen pendekatan struktur bersifat memiliki (hard) dan hubungan (soft) yang sebenarnya menggambarkan faktor-faktor mempengaruhi pihak berkepentingan yang terlibat dalam rundingan penerimaan dan seterusnya pelaksanaan Protokol Montreal di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa setiap elemen dalam pendekatan struktur ini tidak mampu menjadi faktor utama kepada kesepakatan pihak berkepentingan sebaliknya kedua-dua elemen ini sangat bergantungan antara satu sama lain untuk mewujudkan kerjasama pihak berkepentingan bagi menerima dan seterusnya melaksanakan Protokol Montreal di Malaysia. Hasil dapatan juga menggambarkan bahawa Idea interaksi ke arah kesepakatan yang terbentuk berpandukan kepada pengalaman Malaysia dalam penerimaan dan seterusnya pelaksanaan Protokol Montreal di peringkat tempatan ini telah dijadikan sandaran dalam membina tatacara rundingan untuk kegunaan pada masa akan datang. Terdapat sepuluh cadangan tatacara rundingan yang boleh dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab terutama pihak berkepentingan dalam mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan sesebuah perkara. Adalah menjadi kemestian untuk melihat dan mengkaji rundingan ini agar menjadi satu rujukan supaya rundingan yang tersusun dan berkesan dapat dilakukan oleh pihak berkepentingan yang terlibat pada masa akan datang dalam menangani isu-isu perjanjian alam sekitar di Malaysia khususnya.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectProtokol Montreal
dc.titlePenerimaan Protokol Montreal di Malaysia.
dc.typetheses
dc.format.pages137
dc.identifier.callnoGE190.M4N646 2014 tesis
dc.identifier.barcode001253
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75869+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.