Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465917
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Shafeea Leman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Ashahadi bin Dzulkafli (P49091) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T04:31:04Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T04:31:04Z | - |
dc.date.issued | 2013-09-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75264 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465917 | - |
dc.description | Rijang adalah batuan sedimen bersilika berbutir sangat halus tetapi sangat keras dan lazimnya mengandungi sejenis fosil bersaiz mikro yang dikenali sebagai radiolaria. Rijang beradiolaria telah memberi banyak sumbangan penting dalam pelbagai penafsiran geologi. Namun begitu, kefahaman tentang nilai warisan rijang dan fosil yang terkandung di dalamnya masih di tahap yang rendah. Satu kajian tentang warisan rijang beradiolaria telah dijalankan ke atas beberapa singkapan yang terletak berhampiran Pos Blau, baratdaya negeri Kelantan. Singkapan-singkapan ini merupakan cerun potongan jalanraya yang menghubungkan bandar Gua Musang di Kelantan dengan Cameron Highlands di Pahang. Singkapan–singkapan ini terdiri daripada selanglapis rijang dengan syal dan selanglapis rijang dengan batu lumpur bertuf yang telah tercangga. Cerapan lapangan telah dijalankan terhadap singkapan-singkapan ini dan sebanyak 86 sampel rijang telah dipungut. Berdasarkan kajian petrografi, beberapa sampel boleh dikelaskan sebagai batu lumpur bersilika dan rijang berargilit. Kajian mikropalaeontologi pula menunjukkan bahawa sebanyak 69 sampel rijang mengandungi fosil radiolaria dan boleh dinamakan sebagai rijang beradiolaria. Sejumlah 50 spesies fosil radiolaria berusia Perm boleh dikenal pasti dan tergolong dalam 16 genera dan 8 famili. Spesies-spesies ini boleh diletakkan dalam 3 zon himpunan radiolaria iaitu Zon Himpunan Pseudoalbaillella lomentaria yang menunjukkan usia Sakmarian Awal, Zon Himpunan Pseudoalbaillella scalprata m. rhombothoracata yang mewakili usia Sakmarian Akhir dan Zon Himpunan Pseudoalbaillella globosa yang mewakili usia Roadian. Penemuan radiolaria dalam Zon Himpunan Pseudoalbaillella globosa merupakan rekod baru bagi jujukan batuan di dalam Zon Sutura Bentong-Raub. Himpunan radiolaria yang dikaji diendapkan pada kedalaman lautan melebihi 500 meter. Himpunan radiolaria ini bersifat kosmopolitan dan menunjukkan afiniti yang rapat dengan himpunan radiolaria dari negara China, Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat. Tafsiran palaeobiogeografi mencadangkan pengendapan rijang beradiolaria pada masa Perm Awal hingga Awal Perm Tengah berlaku di dalam lautan Palaeo-Tethys dan Lautan Panthalassa pada kedudukan latitud rendah. Sekutuan rijang dengan syal menunjukkan pengendapan berlaku di sekitaran pinggir benua manakala sekutuan rijang dengan batu lumpur bertuf menunjukkan pengendapan berlaku di dalam lembangan yang berdekatan dengan arka kepulauan. Sekutuan rijang dengan syal dan rijang dengan batu lumpur bertuf membuktikan bahawa Palaeo-Tethys merupakan lautan dalam pada masa Perm Awal dan Perm Tengah dan pencetekan lautan ini pada akhir usia Perm berkaitan dengan penutupan lembangan oleh aktiviti tektonik. Akibatnya keseluruhan lautan Palaeo-Tethys kini terkumpul sebagai satu jalur sempit yang dikenali sebagai Zon Sutura Bentong-Raub. Pelbagai maklumat geologi bersifat rantau dan global di atas ditafsir berdasarkan kehadiran spesies radiolaria tertentu dan rijang yang mengandunginya. Hal ini memberikan rijang beradiolaria Pos Blau nilai warisan saintifik yang sangat tinggi. Selain nilai saintifiknya yang sangat tinggi, fosil radiolaria mempunyai nilai estetik dari segi keunikan senibina rangkanya. Tapak kajian ini juga mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi. Bagi memastikan sumber geologi ini dapat diwariskan untuk generasi akan datang, singkapan rijang ini perlu dipulihara sebagai salah satu tapak warisan geologi Malaysia,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Warisan Rijang | |
dc.subject | Radiolaria | |
dc.title | Warisan Rijang beradiolaria dari sekitar Pos Blau, Ulu Kelantan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 209 | |
dc.identifier.callno | QE471.15.C4M84834 2013 | |
dc.identifier.barcode | 001203 | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75264+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 53.5 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_75264+Source02+Source020.PDF Restricted Access | 3.3 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_75264+Source03+Source030.PDF Restricted Access | 8.7 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_75264+Source04+Source040.PDF Restricted Access | 2.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.