Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465914
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJoy Jacqueline Pereira, Prof.
dc.contributor.authorZureen Norhaizatul Che Hassan (P97006)
dc.date.accessioned2023-10-02T04:31:03Z-
dc.date.available2023-10-02T04:31:03Z-
dc.date.issued2021-10-20
dc.identifier.otherukmvital:125759
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465914-
dc.descriptionHujan adalah fenomena semulajadi yang berimpak tinggi dan merentas pelbagai disiplin serta mempengaruhi segenap aspek kehidupan manusia. Analisis data hujan amat penting dalam bidang statistik, reka bentuk pembangunan perbandaran, kejuruteraan hidraulik dan pelbagai lagi dan turut menyumbang dalam aspek pengurusan risiko bencana. Pembangunan pesat di bandar konurbasi Kuala Lumpur memberi kesan kepada persekitaran selain mengubah komposisi atmosfera seterusnya menyumbang kepada peningkatan suhu dan kekerapan hujan ekstrem. Hujan ekstrem dikaitkan dengan peningkatan amaun dan intensiti hujan dalam siri masa, seterusnya mengakibatkan banjir kilat kerap berlaku di Kuala Lumpur. Penentuan nilai ulangan hujan ekstrem pada tempoh ulangan T-tahun berkait rapat dengan hujan ekstrem dan banjir kilat. Penentuan nilai ulangan hujan ekstrem amat penting dalam menjangka dan meramal kebarangkalian berlaku hujan ekstrem di masa hadapan. Analisis hujan ekstrem masih belum mendapat liputan yang luas dan kurang diterjemahkan dalam grafik dan ini menyukarkan para pembuat keputusan dalam menyelesaikan isu hujan ekstrem. Kajian ini menganggarkan nilai ulangan hujan ekstrem pada tempoh ulangan 2, 5, 10, 20, 50 dan 100 tahun di Kuala Lumpur menggunakan data hujan setiap jam. Ujian Mann-Kendall dijalankan bagi menentukan trend hujan ekstrem. Taburan kebarangkalian terbaik disesuaikan dengan rekod data hujan ekstrem untuk mendapatkan nilai ulangan hujan ekstrem. Interpolasi ruangan dan analisis hujan ekstrem dilakukan dengan menggunakan aplikasi dan platform sistem maklumat geografi. Hasil ujian Mann-Kendall menunjukkan trend peningkatan hujan ekstrem. Nilai ulangan hujan ekstrem bagi siri tempoh ulangan pada 2, 5, 10, 20, 50 dan 100 tahun dianggarkan dan menunjukkan trend peningkatan hujan ekstrem di kebanyakan stesen. Nilai ulangan hujan ekstrem tertinggi dicatatkan pada tempoh satu jam bagi siri tempoh ulangan 2, 5, 10, 20, 50 dan 100 tahun adalah 73.4mm, 88.9mm, 96.1mm, 101.2mm, 107.7mm dan 113.4mm masing-masing. Penilaian hujan ekstrem dilihat menerusi perspektif analisis ruangan dan telah mengenal pasti tiga kawasan zon yang mempunyai risiko yang tinggi menerusi pemetaan tempoh ulangan hujan. Zon tersebut mengunjur merentasi zon Pusat Bandar Raya, zon Damansara-Pencahala dan zon Wangsa Maju-Maluri. Analisis hujan ekstrem penting kerana memperihalkan perlakuan hujan ekstrem di Kuala Lumpur bagi tujuan perancangan reka bentuk selain berupaya meminimumkan unjuran risiko bencana pada masa hadapan.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectHujan -- Kuala Lumpur
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian tempoh ulangan hujan ekstrem bagi reka bentuk hujan di Kuala Lumpur
dc.typetheses
dc.format.pages137
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125759+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.