Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465912
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSalina Nor Azam (P80744)
dc.date.accessioned2023-10-02T04:31:02Z-
dc.date.available2023-10-02T04:31:02Z-
dc.date.issued2021-01-14
dc.identifier.otherukmvital:124911
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465912-
dc.descriptionProses urbanisasi yang pesat telah menyebabkan peningkatan populasi dan perluasan kawasan sempadan di sesebuah bandar. Sesebuah bandar yang berkembang pesat perlu menyediakan keperluan asas kepada penduduknya seperti kemudahan awam dan infrastruktur. Ianya adalah antara ciri-ciri yang penting untuk sebuah bandar yang berdayahuni. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan untuk perancangan yang strategik dan cekap untuk memenuhi keperluan permintaan bekalan air yang semakin tinggi, terutama untuk membentuk bandar berdayahuni. Bandaraya Ipoh sedang mengalami proses pembandaran dan menjadi bandar terbesar di Perak pada tahun 1911 dengan jumlah penduduk seramai 23,978 orang dan meningkat sehingga 657,892 orang untuk tahun 2010. Sehingga kini (2019), penduduk Ipoh mencatatkan anggaran seramai 771,800 orang. Kawasan pembandaran Ipoh juga telah diperluaskan sehingga ke kawasan pinggir bandar. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bagi meneliti isu-isu berkaitan sumber air dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menjamin kelestariannya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang bersifat deskriptif melibatkan i) kajian keperpustakaan atau kajian dokumen, ii) sesi temu bual dan iii) kajian lapangan. Analisis data sekunder telah digunapakai iaitu laporan tahunan daripada agensi berkaitan dan rancangan tempatan. Setelah diteliti, penggunaan air semakin meningkat bagi sektor domestik dan perindustrian manakala keluasan bagi kawasan pertanian pula semakin bertambah. Sesi temu bual juga telah dijalankan bersama pegawai atasan dan sokongan daripada agensi berkaitan pengurusan dan pembekalan sumber air melibatkan 11 orang kakitangan. Berdasarkan analisis temu bual tersebut, responden menyatakan bahawa sumber air di negeri Perak pada ketika ini adalah mencukupi. Namun, terdapat isu-isu yang boleh membawa kepada permasalahan di masa hadapan sekiranya tidak ditangani. Empangan Sultan Azlan Shah yang menampung aliran air Sungai Kinta mempunyai simpanan sebanyak 29,900 JLH. Aliran ini diproses di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kinta dan Loji Rawatan Air (LRA) Ulu Kinta yang masing-masing mempunyai keupayaan rekabentuk sebanyak 136.38 JLH dan 227.3 JLH. Walau bagaimanapun, terdapat 7 isu yang berkaitan dengan pengurusan sumber air telah dikenal pasti dan 3 daripadanya boleh mempengaruhi keupayaan pembekalan air iaitu i) pencemaran, ii) hakisan yang disebabkan oleh pembangunan dan pertanian, dan iii) perubahan morfologi sungai secara semulajadi. Selain itu, iv) jumlah populasi yang meningkat dikaitkan dengan permintaan bekalan air yang semakin tinggi. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian sumber air adalah v) konflik tabdir urus atau bidang kuasa, vi) konflik bersama pemaju, serta vii) kekurangan tenaga kerja. Responden turut mencadangkan beberapa strategi untuk penambahbaikan pengurusan sumber air dan pembekalannya di Perak dan Ipoh khususnya antaranya adalah mewujudkan satu badan kawal selia air di bawah kerajaan negeri bagi mengurus dan menyelia sumber air dan pembekalannya selain mencadangkan agar pusat data berkaitan air dibangunkan bagi membantu perancangan pembangunan air. Justeru, pihak yang berkaitan harus mempunyai perancangan yang rapi bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi termasuklah pelan tindakan sekiranya berlaku krisis yang tidak dijangka seperti kemarau atau pertumpahan sisa pencemaran ke dalam badan air. Cadangan ini bagi memastikan Bandaraya Ipoh mampu mencapai taraf bandaraya berdayahuni dari sudut pengurusan dan pembekalan air.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectBekalan air -- Ipoh
dc.subjectSumber air -- Ipoh
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeupayaan sumber air untuk dayahuni bandar : kajian kes Bandaraya Ipoh
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.barcode004961(2020)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124911+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
526.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.