Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465911
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSarah Aziz Abd Ghani Aziz, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorChe Siti Noor Koh Poh Lee @ Che Mamat (P78187)
dc.date.accessioned2023-10-02T04:31:02Z-
dc.date.available2023-10-02T04:31:02Z-
dc.date.issued2020-09-30
dc.identifier.otherukmvital:124902
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465911-
dc.descriptionBencana tanah runtuh merupakan bencana utama selain banjir yang dihadapi di Malaysia. Insiden tanah runtuh masih berlaku walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk menanganinya. Bencana tanah runtuh boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Proses pembangunan dan perbandaran yang memerlukan pembukaan kawasan baru dan faktor perubahan iklim mendedahkan lagi risiko bencana tanah runtuh. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor penyebab bencana tanah runtuh, mengenalpasti keperluan asas dalam pendekatan pengurusan risiko bencana tanah runtuh, meneliti pendekatan pengurusan risiko bencana tanah runtuh serta menilai peluang untuk mencadangkan langkah-langkah pengukuhan pengurusan risiko bencana tanah runtuh di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan dokumen-dokumen perundangan, dasar-dasar, garis panduan, laporan tahunan dan jurnal berkaitan. Dalam kejadian bencana tanah runtuh, terdapat beberapa faktor penyebab yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh termasuk faktor geologi, morfologi, corak guna tanah dan reka bentuk fizikal dalam pembangunan. Aktiviti manusia didapati menjadi antara faktor penyebab yang melemahkan kestabilan cerun. Pengurusan risiko adalah langkah terbaik untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh melalui pengenalpastian bahaya,keterdedahan dan elemen berisiko yang boleh mengelakkan ancaman dan bahaya tanah runtuh daripada menjadi bencana. Dapatan kajian mendapati pendekatan risiko bencana tanah runtuh di Semenanjung Malaysia masih belum mengambilkira pengurusan risiko sepenuhnya sama ada dalam perundangan dan tindakan, iaitu analisis dan pemetaan risiko bencana tanah runtuh masih belum dibangunkan sepenuhnya. Ketiadaan input ini menghalang perancangan dan pembuatan keputusan berasaskan risiko. Pertimbangan terhadap keperluan faktor-faktor utama seperti perundangan, institusi pengurusan risiko bencana tanah runtuh, pengezonan kawasan bahaya dan risiko bencana tanah runtuh, mekanisme pemindahan risiko dan peruntukan kewangan perlu diberi perhatian.Faktor-faktor yang perlu dilaksanakan iaitu penyediaan peta risiko bencana, pangkalan data yang komprehensif melalui inventori dan daftar tanah runtuh, sistem amaran awal dan tindakbalas kecemasan dan akhir sekali penglibatan komuniti, kesedaran dan pendidikan awam perlu dipertimbangkan dalam pendekatan pengurusan risiko bencana tanah runtuh. Penyesuaian kepada empat bidang keutamaan Kerangka Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030 merupakan pendekatan yang efektif untuk mengurangkan risiko bencana tanah runtuh.,Sarjana Kajian Bencana (Dasar dan Pengurusan Bencana)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectTanah runtuh -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan pengurusan risiko bencana tanah runtuh di Semenanjung Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages132
dc.identifier.barcode004960(2020)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124902+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.