Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465907
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Latifah Amin, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Noor Ayuni Ahmad Azlan (P44178) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T04:31:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T04:31:00Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120467 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465907 | - |
dc.description | Bioteknologi telah dikenal pasti antara salah satu daripada lima teknologi utama yang dapat memacu proses transformasi Malaysia kepada negara perindustrian menjelang 2020. Hasil inovasi bioteknologi moden bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai isu etika. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia terhadap bioteknologi moden, mengkaji persepsi masyarakat Malaysia terhadap aspek etika umum bioteknologi moden dan aspek etika spesifik empat produk bioteknologi moden: padi emas, pisang diubahsuai secara genetik (GM), padi GM dan padi sintetik, dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penerimaan aspek etika bioteknologi moden. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 434 responden yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan di kawasan Lembah Klang. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program SPSS versi 15.0 dan AMOS versi 5.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi kesedaran, pengetahuan, mengancam sifat semula jadi benda hidup, risiko kepada kesihatan manusia, hak manusia untuk mengubah suai benda hidup dan kebolehpercayaan terhadap pengawalan organisma diubah suai genetik (GMO) adalah sederhana manakala monopoli oleh syarikat mega dan negara maju, keperluan pelabelan dan tanggapan faedah adalah tinggi. Tahap kebiasaan, tanggapan risiko, penafian faedah, penerimaan etika terhadap keempat-empat produk bioteknologi moden pula adalah sederhana. Penerimaan agama bagi padi emas adalah tinggi manakala bagi pisang GM, padi GM dan padi sintetik adalah sederhana. Ujian ANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kesemua pemboleh ubah di atas berdasarkan pihak berkepentingan manakala perbezaan yang signifikan diperoleh bagi kesedaran, pengetahuan, monopoli oleh syarikat mega dan negara maju, keperluan pelabelan, tanggapan faedah dan penerimaan agama berdasarkan tahap pendidikan. Berdasarkan agama, terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengetahuan, monopoli, risiko kepada kesihatan manusia, mengancam sifat semula jadi benda hidup, kebolehpercayaan terhadap pengawalan GMO, kebiasaan, tanggapan risiko, penafian faedah, penerimaan agama dan penerimaan etika manakala pengetahuan, tanggapan faedah, kebiasaan, tanggapan risiko, penafian faedah, penerimaan agama dan penerimaan etika berbeza secara signifikan berdasarkan bangsa. Umur menunjukkan kesan yang signifikan ke atas kesedaran, pengetahuan, hak manusia untuk mengubah suai benda hidup, kebolehpercayaan terhadap pengawalan GMO dan kebiasaan. Sementara, jantina telah menunjukkan kesan yang signifikan ke atas pengetahuan dan kebolehpercayaan terhadap pengawalan GMO. Model Persamaan Berstruktur (SEM) mengesahkan bahawa persepsi terhadap penerimaan etika bioteknologi moden patut dilihat daripada pelbagai dimensi. Faktor terpenting dalam meramalkan penerimaan etika terhadap bioteknologi moden adalah persepsi tentang penerimaan agama dan tanggapan risiko. Aspek etika umum bagaimanapun menyumbang secara langsung atau tidak langsung terhadap penerimaan etika bioteknologi moden.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Biotechnology-Malaysia. | - |
dc.subject | Plant biotechnology-Malaysia. | - |
dc.title | Persepsi masyarakat Malaysia terhadap aspek etika tanaman diubah suai genetik | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 321 | - |
dc.identifier.callno | SB106.B56.N645 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002982 (2012) | - |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120467+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 908.09 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.