Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465906
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSaiful Arif Abdullah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAmal Najihah binti Muhamad Nor (P40537)
dc.date.accessioned2023-10-02T04:31:00Z-
dc.date.available2023-10-02T04:31:00Z-
dc.date.issued2011-11-01
dc.identifier.otherukmvital:74572
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465906-
dc.descriptionPembangunan yang pesat di kawasan bandar telah menyebabkan kemerosotan kawasan hijau bandar. Namun, pemahaman secara kuantitatif pengembangan kawasan binaan terhadap ekologi landskap kawasan hijau bandar dan sistem pengkelasan kawasan hijau bandar berdasarkan pelbagai kriteria yang perlu untuk perancangan pembangunan yang lestari masih kurang diberi perhatian. Sehubungan itu, kajian ini menilai perubahan struktur landskap kawasan hijau bandar sebagai respons terhadap pengembangan kawasan binaan di Bandaraya Kuala Lumpur serta membangunkan pengkelasan kawasan hijau bandarnya dan menilai struktur landskap jenis kawasan hijau bandar dalam pengkelasan itu. Objektif kajian adalah untuk membangunkan data kuantitatif dan menyediakan maklumat empirikal dalam perancangan dan pengurusan kawasan hijau bandar bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti kawasan hijau bandar Bandaraya Kuala Lumpur. Peta guna tanah Bandaraya Kuala Lumpur tahun 1988, 1996 dan 2005 telah dibangunkan dengan menggunakan perisian ERDAS Imagine 9.1 dan ArcGIS 9.2. Analisis perubahan struktur landskap telah dijalankan dalam tiga peringkat: i) keseluruhan kawasan kajian, ii) peringkat zon dan iii) gradien dari pusat ke pinggir bandar dengan menggunakan metrik landskap yang dikira melalui perisian FRAGSTAT 3.3. Pengkelasan kawasan hijau bandar dibangunkan berdasarkan peta guna tanah Bandaraya Kuala Lumpur tahun 2007 di mana fokus adalah kepada kawasan hijau bandar yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pengkelasan telah dijalankan berdasarkan penggunaan pelbagai kriteria dan struktur landskap setiap jenis kawasan hijau bandar dalam pengkelasan itu telah dianalisis dengan menggunakan metrik landskap. Analisis menunjukkan sebahagian besar kawasan hijau bandar telah ditukarkan kepada kawasan binaan dan telah mengalami proses pemecahan dan hakisan pada Tempoh 1 (1988-1996). Peratusan kawasan hijau bandar di semua gegelang gradien juga mengalami penurunan pada tempoh tersebut. Sebaliknya, pada Tempoh 2 (1996-2005) kawasan hijau bandar telah meningkat sedikit dan telah mengalami proses pengumpulan dan pembentukan tompokan baru. Pada tempoh tersebut, keadaan yang sama telah berlaku di semua gegelang gradien kecuali di gegelang 1 km. Dalam dua dekad tersebut hanya kawasan hijau bandar di zon Pusat Bandar menunjukkan pengurangan dan mengalami pemecahan dan hakisan. Hasil pengkelasan berdasarkan penggunaan pelbagai kriteria telah menghasilkan lima jenis kawasan hijau bandar di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur: i) kawasan hijau pemeliharaan, ii) jaluran hijau, iii) kawasan hijau taman komuniti, iv) kawasan hijau taman perumahan dan v) kawasan hijau ameniti. Kawasan hijau ameniti menunjukkan peratus keluasan yang tertinggi dan yang terendah adalah jaluran hijau. Analisis struktur landskap pula menunjukkan bilangan tompokan dan kepadatan tompokan bagi kawasan hijau komuniti adalah yang tertinggi dan yang terendah adalah jaluran hijau. Kesimpulannya, pemahaman secara kuantitatif struktur landskap kawasan hijau bandar dan kawasan binaan serta pengkelasan kawasan hijau bandar dengan menggunakan pelbagai kriteria adalah satu keperluan dalam melaksanakan perancangan dan pengurusan kawasan hijau bandar yang lebih lestari bagi meningkatkan kesihatan persekitaran bandar dan kualiti kehidupan penduduk bandar.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectEkologi
dc.subjectLandskap
dc.subjectHijau bandar
dc.subjectBandaraya Kuala Lumpur
dc.subjectCity planning -- Malaysia -- Kuala Lumpur
dc.titleEkologi landskap kawasan hijau bandar di bandaraya Kuala Lumpur
dc.typetheses
dc.format.pages130
dc.identifier.callnoQH541.5.C6.A463 2011
dc.identifier.barcode000809
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74572+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.