Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465898
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTan Ling Ling @ Chong Ling Ling, Dr.-
dc.contributor.authorJeningsih (P89072)-
dc.date.accessioned2023-10-02T04:30:57Z-
dc.date.available2023-10-02T04:30:57Z-
dc.date.issued2020-01-17-
dc.identifier.otherukmvital:118783-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465898-
dc.descriptionOpto sensor DNA untuk mengesan virus denggi berasaskan strategi penghibridan sandwic antara DNA pada mikrosfera poli(n butil akrilat) [poli(nBA NAS)] terubahsuai dengan kumpulan berfungsi suksinimida telah dibangunkan. Partikel nano emas (AuNPs) dengan purata diameter ~20 nm telah disintesis dengan kaedah berasaskan pengemparan, dan dijerap pada partikel lateks poli(stirena co asid akrilik) (PSA) bersalut polielektrolit secara elektrostatik bersaiz submikrometer. Mikrosfera lateks AuNPs diikat pada prob isyarat berkumpulan berfungsi tiol (rDNA) melalui ikatan Au tiol untuk berfungsi sebagai label optik emas lateks rDNA. Pengecaman penghibridan sandwic melibatkan sepasang prob DNA (pDNA) dan PSA AuNPs label isyarat yang berikat dengan DNA target (cDNA). Kepekatan cDNA virus denggi ditransduksi secara optik oleh konjugat AuNPs PSA rDNA terpegun apabila mikro optod DNA menunjukkan warna ungu semasa tindak balas penghibridan sandwic DNA berlaku, yang boleh dipantau dengan spekrofotometer pantulan gentian optik pada panjang gelombang 660 nm. Genosensor optik menunjukkan rangsangan pantulan linear terhadap julat kepekatan cDNA yang lebar daripada 1.0x10 21 M hingga 1.0x10 12 M cDNA (R²=0.9807) dengan had pengesanan (LOD) 0.27 x10-22 M. Biosensor DNA dapat diguna semula sebanyak tiga kali berturut turut selepas dijana semula dengan larutan natrium hidroksida lemah. Biosensor optik jenis sandwic telah ditentusah dengan teknik transkripsi berbalik tindak balas berantai polimerase (RT PCR) untuk mengesan virus denggi dalam sampel klinikal seperti darah, air kencing dan air liur daripada pesakit demam denggi di bawah persetujuan termaklum. Seterusnya, kajian temu bual dengan 20 orang pesakit demam denggi yang telah mengalami sakit demam denggi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, Malaysia. Daripada temu bual didapati bahawa lebih daripada 30 peratus pesakit berpendapat masa pengesanan demam denggi adalah lama, bermula daripada pengambilan sampel sehinggalah ke pengesahan demam denggi. Justeru, biosensor DNA boleh dijadikan alat alternatif untuk mengesan demam denggi lebih cepat dan memudahkan dalam pengambilan sampel kerana kemampuan biosensor DNA boleh menggunakan sampel selain darah iaitu urin dan air liur.,Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVirus denggi-
dc.subjectOpto sensor DNA-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan mikro-optod DNA untuk mengesan virus denggi dan penggunaannya dalam pengesanan awal penyakit denggi-
dc.typetheses-
dc.format.pages91-
dc.identifier.barcode004647(2020)-
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118783+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.