Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465888
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Amin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorHasrizul Hashim (P59645)-
dc.date.accessioned2023-10-02T04:30:50Z-
dc.date.available2023-10-02T04:30:50Z-
dc.date.issued2015-04-20-
dc.identifier.otherukmvital:109872-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465888-
dc.descriptionDalam bidang bioteknologi perubatan, biobank membantu para penyelidik dalam memahami pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit. Rawatan berasaskan sel stem turut dilihat berpotensi untuk digunakan dalam merawat penyakit-penyakit tertentu. Meskipun sel stem janin mempunyai sifat potensi sel yang lebih baik berbanding sel dari tisu dewasa biasa, namun penggunaan sel stem janin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai suatu isu kerana melibatkan status moral janin. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, pengetahuan, keterlibatan, dan sikap masyarakat terhadap bioteknologi, di samping sikap mereka terhadap aplikasi biobank, sel stem janin dan sel stem dewasa. Faktor-faktor yang menyumbang kepada galakan bagi setiap aplikasi bioteknologi turut dikenal pasti. Soal selidik telah dilakukan ke atas 509 responden daripada pelbagai kumpulan pihak berkepentingan di Lembah Klang. Secara keseluruhan, masyarakat di Lembah Klang mempunyai tahap keterlibatan bioterknologi yang sederhana, keyakinan terhadap pihak berkepentingan dan pandangan impak negatif teknologi yang sederhana, tetapi mengaku mempunyai tahap keagamaan yang tinggi. Mereka menilai kedua-dua aplikasi sel stem sebagai mempunyai tanggapan faedah, tanggapan risiko, kebimbangan moral dan penerimaan agama yang sederhana, justeru diterjemahkan kepada tahap galakan yang sederhana. Meskipun biobank dinilai mempunyai tanggapan faedah, tanggapan risiko, kebimbangan moral dan penerimaan agama yang sederhana, namun nilai min tahap kebimbangan moral dan tanggapan risikonya adalah lebih rendah manakala nilai min tanggapan faedah dan penerimaan agamanya adalah lebih tinggi berbanding sel stem janin dan dewasa, justeru diterjemahkan kepada tahap galakan yang lebih tinggi. Sel stem janin dilihat mempunyai tahap kebimbangan moral yang lebih tinggi berbanding sel stem dewasa, seterusnya membuatkan stem sel dewasa lebih diterima dari segi agama dan lebih disokong daripada sel stem janin. MANOVA menunjukkan terdapatnya perbezaan tahap kesedaran, pengetahuan dan keterlibatan yang signifikan berdasarkan kumpulan pihak berkepentingan, tahap pendidikan dan umur, di samping perbezaan yang signifikan untuk keyakinan terhadap pihak berkepentingan, impak teknologi dan keagamaan berdasarkan kumpulan pihak berkepentingan, agama dan bangsa. MANOVA turut mengesan perbezaan signifikan bagi sikap masyarakat terhadap biobank merentasi kumpulan pihak berkepentingan, tahap pendidikan dan agama, perbezaan signifikan sikap masyarakat terhadap sel stem janin merentasi kumpulan pihak berkepentingan dan agama, manakala perbezaan signifikan bagi sikap masyarakat terhadap sel stem dewasa turut dikesan merentasi kumpulan pihak berkepentingan, tahap pendidikan dan agama. Hasil SEM turut mengesahkan faktor terpenting dalam menentukan galakan terhadap bioteknologi perubatan adalah tanggapan faedah, diikuti oleh penerimaan agama. Sikap umum juga mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung terhadap galakan kepada bioteknologi perubatan, yang mana memberi isyarat kepada pihak industri, pelaksana dasar dan saintis untuk mempertimbangkan faktor-faktor yang disebut dalam kajian ini sebelum memperluaskan lagi bidang R&D dan memperkenalkannya ke serata negara untuk mengelakkan kerugian pelaburan yang besar sekiranya aplikasi yang diperkenalkan tidak diterima masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBiotechnology -- Malaysia-
dc.subjectMedical technology -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSikap masyarakat terhadap bioteknologi perubatan di Lembah Klang-
dc.typetheses-
dc.format.pages289-
dc.identifier.callnoTP248.195.M4H337 2015 tesis-
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109872+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.