Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465887
Title: Tahap pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan kakitangan Jabatan Perhutanan negeri Pahang terhadap pensijilan hutan
Authors: Nurul Hidayah Shamsul Ariffin (P54900)
Supervisor: Shaharuddin Mohamad Ismail, Dato'
Keywords: Forests and forestry -- Certification
Forest management -- Malaysia
Forests and forestry -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Sep-2015
Description: Pensijilan hutan di Malaysia mula berkembang pada tahun 1994 dan sehingga kini pelaksanaannya telah menunjukkan perkembangan yang positif dalam mencapai objektif pengurusan hutan secara berkekalan. Malaysian Timber Certification Council (MTCC) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah di antara pemain utama di dalam pelaksanaan pensijilan hutan di Malaysia. Kejayaan pelaksanaan pensijilan hutan mampu dicapai apabila setiap pemain mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan pengetahuan yang baik berkaitan pensijilan hutan dan pengurusan hutan. Walau bagaimanapun, didapati kajian yang menguji tahap kesedaran dan pengetahuan dan berkaitan pensijilan hutan khususnya dalam kalangan pekerja jabatan perhutanan di Malaysia masih berkurangan. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur tahap kesedaran dan pengetahuan para pekerja Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di dalam pensijilan hutan. Sejumlah 328 responden terlibat di dalam kajian ini. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat responden, kesedaran pensijilan hutan dan pengetahuan pensijilan hutan serta Kriteria dan Penunjuk bagi Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia, MC&I(2002). Hasil analisis menunjukkan 95% responden mempunyai kesedaran berkaitan pensijilan hutan dan 53.2% daripadanya menyatakan mempunyai tahap kefahaman yang sederhana berkaitan pensijilan hutan. Selain itu, 53.1% responden menyatakan mempunyai tahap kefahaman yang sederhana berkaitan proses pensijilan hutan. Majoriti responden mempunyai kesedaran yang tinggi bagi skim pensijilan hutan seperti Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan Forest Stewardship Council (FSC). Kebanyakan responden memperoleh maklumat berkaitan pensijilan hutan melalui kursus-kursus yang telah diikuti. Tahap pengetahuan responden berkaitan pensijilan hutan diukur menggunakan kaedah pengiraan markah. Setiap jawapan yang betul diberi satu markah. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan responden berada pada tahap sederhana di mana kebanyakan responden memperoleh skor di antara 36 – 40 daripada jumlah maksimum skor 55. Hasil analisis Anova Sehala menunjukkan jawatan yang disandang dan tempoh pengalaman di dalam melaksanakan pensijilan hutan dan pengurusan hutan memberi perbezaan signifikan ( p < 0.05) terhadap jumlah skor pengetahuan. Analisis Ujian-t pula mendapati, kursus pensijilan hutan yang dihadiri mempengaruhi skor pengetahuan responden. Manakala analisis regresi pelbagai menunjukkan jawatan yang disandang mempunyai hubungan dengan skor pengetahuan responden namun kekuatan hubungan tersebut adalah lemah. Sebagai saranan, bagi meningkatkan pembinaan keupayaan dalam kalangan para pekerja jabatan perhutanan, satu kursus khas berkaitan pensijilan hutan perlu dilaksanakan bagi setiap lapisan jawatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains
Pages: 137
Call Number: SD235.M37N834 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109871+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.