Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465885
Title: | Penilaian persepsi masyarakat terhadap nanoteknologi untuk governans baik nanoteknologi ke arah pembangunan lestari: kajian kes di Lembah Klang |
Authors: | Nur Aizat Kamarulzaman (P85980) |
Supervisor: | Lee Khai Ern, Dr. |
Keywords: | Nanotechnology Environmental sciences Nanostructured materials -- Environmental aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | Dec-2018 |
Description: | Nanoteknologi telah berkembang daripada hanya susunan atom kecil ke aplikasi nano yang kini dikomersialkan ke pasaran pengguna. Nanoteknologi juga telah membuka kemajuan yang baru kepada sains dan teknologi untuk memacu pembangunan lestari. Malaysia beraspirasi untuk menjadi hab pembangunan nanoteknologi bagi menyahut cabaran revolusi perindustrian keempat. Nanoteknologi dibangunkan dan digunakan dalam pelbagai bidang daripada perubatan sehingga ke produk pembersihan rumah. Nanoteknologi bermanfaat dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat,meningkatkan fungsi dan ketahanan produk pengguna dan berpotensi memulihara alam sekitar. Namun, nanoteknologi juga mempunyai risiko yang masih tidak pasti ke atas kesihatan manusia dan bahan buangan nano boleh mencemarkan alam sekitar. Lembah Klang menjadi tumpuan pembangunan nanoteknologi di Malaysia dengan adanya Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) dan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan nanoteknologi. Masyarakat setempat merupakan golongan yang akan menerima manfaat dan juga terdedah kepada risiko melalui aplikasi nanoteknologi. Oleh itu, persepsi masyarakat terhadap nanoteknologi perlu dinilai untuk mengetahui penerimaan masyarakat dan seterusnya membolehkan penggubal dasar menjalankan governans nanoteknologi dengan baik. Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat dikenal pasti melalui ulasan kepustakaan dan kemudiannya kerangka konsep kajian dibangunkan. Berdasarkan kerangka konsep kajian, persepsi masyarakat dipengaruhi oleh pendekatan psikologi (pengetahuan, sikap dan kepercayaan kepada kerajaan, industri dan penyelidik), pendekatan sosiologi (budaya, kepercayaan agama dan sosial) dan juga pembolehubah perantara “moderator” (liputan media, perkembangan teknologi dan ekonomi, manfaat dan risiko aplikasi, dan maklumat manfaat dan risiko). Soal selidik diagihkan kepada 407 orang responden di sekitar Lembah Klang dan temu bual bersama wakil kerajaan daripada NNC, wakil industri daripada NanoMalaysia Berhad (NMB) dan wakil penyelidik daripada Institute of Microengineering and Electronics (IMEN) juga diadakan. Ujian ANOVA, post hoc Tukey HSD, ujian t tidak bersandar, regresi linear mudah dan PROCESS dijalankan untuk menilai persepsi masyarakat dengan menggunakan perisian SPSS 21. Hasil kajian mendapati sikap, kepercayaan kepada kerajaan, industri dan penyelidik (pendekatan psikologi), budaya, kepercayaan agama dan sosial (pendekatan sosiologi) mempengaruhi persepsi manfaat masyarakat; manakala, sikap dan kepercayaan kepada kerajaan pula mempengaruhi persepsi risiko masyarakat terhadap nanoteknologi. Pembolehubah perantara juga didapati memberi kesan ke atas pendekatan psikologi dan sosiologi dalam mempengaruhi persepsi manfaat dan risiko masyarakat terhadap nanoteknologi. Governans baik nanoteknologi ke arah pembangunan lestari seterusnya dicadangkan menerusi hasil kajian iaitu kesan pembolehubah perantara ke atas pendekatan psikologi dan sosiologi dalam mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap nanoteknologi, serta hasil temu bual bersama pihak berkepentingan. Kesimpulannya, persepsi masyarakat boleh dimanfaatkan oleh pihak berkepentingan untuk governans baik nanoteknologi baik ke arah pembangunan lestari menerusi pembangunan nanoteknologi yang selari dengan keperluan psikologi dan sosiologi masyarakat di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains |
Pages: | 271 |
Call Number: | T174.7.N832 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109146+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.