Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465872
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChe Aziz Ali, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohamad Hanif Kamal Roslan (P72324)
dc.date.accessioned2023-10-02T04:30:44Z-
dc.date.available2023-10-02T04:30:44Z-
dc.date.issued2017-04-22
dc.identifier.otherukmvital:106631
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465872-
dc.descriptionFormasi Singa merupakan satu jujukan batuan berusia Karbon Awal hingga Perm Awal yang tersingkap di Kepulauan Langkawi. Pembukaan banyak singkapan baru akibat pembangunan pesat di Langkawi memberikan banyak data baru untuk pentafsiran Formasi Singa secara lebih menyeluruh. Kajian ini merangkumi aspek sedimentologi, stratigrafi dan warisan geologi di 23 lokaliti di Kepulauan Langkawi. Kajian yang dijalankan melibatkan beberapa siri kerja lapangan, kajian makmal dan analisis data bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Hasil kajian menunjukkan Formasi Singa terdiri daripada batuan sedimen klastik iaitu batu lumpur, batu lodak, batu pasir dan konglomerat dengan sedikit kandungan karbonat. Sebanyak sepuluh fasies batuan sedimen dikenal pasti dan sebanyak lima sekutuan fasies boleh diterbitkan yang mewakili sub-sekitaran dari zon muka pesisir hingga ke zon luar pesisir dalam sekitaran laut cetek. Aktiviti glasier juga mempengaruhi pengendapan sedimen bagi Formasi Singa berdasarkan pebel yang membentuk struktur batu jatuh dalam sedimen berbutir halus. Secara umumnya unit batuan bagi Formasi Singa boleh dibahagikan kepada unit lumpur dan lodak dominan yang banyak ditemui di bahagian bawah jujukan, diikuti oleh unit selang lapis batu lumpur, batu lodak, dengan batu pasir, serta unit pasir dominan yang terdapat pada bahagian atas jujukan batuan. Beberapa jenis fosil ditemui terutamanya di bahagian atas jujukan batuan yang dikaji. Berdasarkan fosil-fosil yang ditemui sebanyak dua zon himpunan fosil boleh dibahagikan pada bahagian atas jujukan batuan Formasi Singa iaitu himpunan Arctitreta-Bandoproductus berusia Asselian Akhir – Sakmarian Awal dan himpunan Spinomartinia profilica berusia Sakmarian Akhir. Formasi Singa boleh dibahagikan kepada 4 unit iaitu Ahli Kentut, Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Beberapa siri perubahan aras laut boleh ditafsirkan semasa pengendapan sedimen berlaku. Keunikan batuan Formasi Singa serta sejarah pembentukannya memberikan nilai warisan dari segi saintifik dan estetik. Sebanyak 12 geotapak dikenal pasti mempunyai nilai warisan serta keunikan yang boleh ditonjolkan bagi geo-pelancongan serta pendidikan malah beberapa tapak geologi boleh dicadangkan untuk dijadikan sebagai tapak warisan kebangsaan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectSedimentation and deposition
dc.subjectGeology
dc.subjectStratigraphic
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSedimentologi, stratigrafi dan warisan geologi formasi singa di Kepulauan Langkawi, Kedah Darul Aman
dc.typetheses
dc.format.pages210
dc.identifier.callnoQE571.M834 2017 tesis
dc.identifier.barcode003793(2019)
dc.identifier.barcode003794(2019)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106631+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.