Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465870
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMurnira Othman (P69640)-
dc.date.accessioned2023-10-02T04:30:43Z-
dc.date.available2023-10-02T04:30:43Z-
dc.date.issued2016-01-22-
dc.identifier.otherukmvital:105058-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465870-
dc.descriptionPerbandaran membawa kepada perubahan ekosistem setempat dan impak kepada alam sekitar seperti masalah pencemaran udara, peningkatan suhu persekitaran dan keterdedahan terhadap penyakit. Bangunan adalah antara penyumbang utama impak alam sekitar berikutan penggunaan tenaga dan bahan mentah sepanjang kitar hayatnya. Kualiti udara persekitaran bangunan juga adalah perkara pokok yang perlu dinilai bagi melihat sumbangannya kepada kesihatan dan keselesaan hidup manusia. Dua objektif utama tesis ini adalah untuk menentukan penghasilan karbon daripada bangunan pejabat melalui pengaplikasian penilaian kitar hayat (LCA) dan mengenalpasti tahap pencemaran zarahan terampai dengan saiz aerodinamik <10 µm (PM10) di persekitaran udara dalaman bangunan. Objektif kedua bermatlamat untuk menentukan implikasi aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi terhadap keselesaan pekerja dalam konteks keperluan dayahuni bangunan di kawasan bandar. Bangunan kajian adalah terletak di kawasan bandar Seremban (St.1) dan Seremban 2 (St.2), Negeri Sembilan. Penentuan emisi karbon dilakukan dengan menggunakan pemodelan LCA melalui pengkalan data Ecoinvent dan perisian SimaPro. Persampelan PM10 dijalankan menggunakan pensampel udara isipadu rendah di udara dalaman dan luaran sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2014. Kandungan ionik di dalam PM10 ditentukan menggunakan ion kromatografi manakala elemen utama dan elemen surih ditentukan menggunakan spektroskopi jisim pancaran plasma gandingan aruhan (ICP-MS). Hasil kajian ini mendapati sebanyak 190 kg CO2-eq/m2y dihasilkan oleh St.1 manakala St.2 mencatatkan nilai 30% lebih rendah. Fasa pengoperasian di dalam kitar hayat bangunan telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama emisi karbon dan potensi pemanasan global. Purata kepekatan PM10 di udara dalaman adalah 61.3±27.0 μg/m3 manakala purata kepekatan di udara luaran adalah 101±42.8 μg/m3. Dominasi elemen nitrat (NO3-), sulfat (SO42), natrium (Na), ferum (Fe), aluminium (Al) dan zink (Zn) telah diperhatikan bagi komposisi PM10. Elemen kerak bumi adalah sumber utama bagi sumber pembahagian PM10 di udara dalaman manakala elemen kerak bumi bersama emisi kenderaan bermotor adalah sumber utama bagi pencemaran PM10 di udara luaran. Analisis risiko kanser sepanjang hayat (ELCR) menunjukkan nilai melebihi had boleh diterima (1.0xE-6) yang mencadangkan risiko pendedahan bahan karsinogen kepada penghuni bangunan. Hasil kajian ini mendapati penghasilan emisi karbon adalah berkaitrapat dengan penggunaan tenaga semasa pengoperasian bangunan maka langkah-langkah mitigasi serta penjimatan tenaga adalah perlu dijalankan bagi meminimakan impak alam sekitar daripada bangunan. Kualiti udara dalaman bangunan juga adalah dipengaruhi oleh sumber luaran seperti sumber tanah dan kenderaan bermotor yang memberi kesan kepada kesihatan pekerja dan penghuni bangunan. Budaya dan perlakuan di dalam ruang bangunan yang merupakan aspek sosial dan kos penyelenggaraan yang merupakan aspek ekonomi menjadi faktor utama menyumbang kepada impak pencemaran dan keselesaan di dalam bangunan. Justeru kesejahteraan bandar yang menjurus kepada bandar rendah karbon, kehidupan masyarakat yang sihat dan kos tenaga elektrik yang rendah mengembling keselesaan penghuni bangunan dan membantu mencapai bandar berdayahuni.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCity planning -- Malaysia-
dc.subjectUrban policy -- Malaysia-
dc.subjectUrbanization -- Malaysia-
dc.subjectInfrastructure (Economics) -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenentuan emisi karbon dan zarahan terampai di persekitaran bangunan untuk keperluan dayahuni bangunan: kajian kes di Bandar Seremban-
dc.typetheses-
dc.format.pages285-
dc.identifier.callnoHT169.M35M847 2016 tesis-
dc.identifier.barcode003706(2019)-
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105058+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.