Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465865
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Shafeea Leman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Ishlahuda Hani Sahak. (P44192) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T04:30:41Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T04:30:41Z | - |
dc.date.issued | 2011-08-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81871 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465865 | - |
dc.description | Lembah Kinta di Negeri Perak kaya dengan warisan sejarah perlombongan, sejarah geologi dan kepelbagaian landskap semulajadi. Sumber-sumber ini sangat berharga memandangkan ia adalah signifikan kepada pengetahuan saintifik dan mempunyai nilai estetik, rekreasi, budaya dan ekologi. Sebahagian sumber warisan penting ini sedang berhadapan masalah kemerosotan integriti akibat pembangunan pesat perindustrian bahan mineral terutamanya pada landskap kars. Satu kajian lapangan telah dilakukan untuk meneliti kepelbagaian sumber warisan geologi serta potensinya untuk dibangunkan secara lestari bagi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Kajian ini lebih menjurus kepada pengenalpastian, pencirian, pengelasan, penilaian serta penentuan tentang keperluan dan mekanisme pemuliharaan yang sesuai untuk sumber warisan geologi. Kajian soal selidik juga dilakukan untuk mengenalpasti tahap kesedaran, tahap pengetahuan dan kesediaan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pemuliharaan sumber warisan geologi di Lembah Kinta. Cerapan lapangan yang dilakukan telah menghasilkan inventori terhadap 5 tapak terpilih iaitu Gua Tempurung, Gunung Panjang, Lubuk Timah, Kek Lok Tong dan Muzium Warisan Kapal Korek Tanjung Tualang. Gua Tempurung didapati mempunyai nilai warisan tinggi mewakili kars Lembah Kinta dari aspek bukti sejarah geologi yang hampir lengkap serta fitur rupabumi yang bernilai estetik, rekreasi dan budaya. Lukisan prasejarah Gua Tambun di Gunung Panjang mempunyai nilai warisan sejarah dan geologi yang membuktikan tamadun awal manusia bermula di tapak geologi. Lubuk Timah mempunyai potensi nilai rekreasi, estetik dan sejarah berkaitan perlombongan bijih timah. Gua Kek Lok Tong yang mempunyai nilai estetik telah diubah menjadi tempat beribadat dan wang yang merupakan bekas lombong besi diubah menjadi taman rekreasi oleh persatuan pengganut fahaman Buddha. Tinggalan warisan kapal korek di Tanjung Tualang telah menjadi bukti sejarah bahawa Lembah Kinta pernah menjadi kawasan perusahaan bijih timah moden yang terkenal di dunia. Pemuliharaan kelima-lima tapak ini sama ada sebagai monumen geologi, geotapak terpelihara atau singkapan geologi penting amat sesuai diterapkan dalam Pelan Struktur Rancangan Tempatan Daerah Kinta yang sedia ada. Pakej daripada beberapa tapak ini boleh dibangunkan sebagai laluan geopelancongan yang mampu memasyurkan Lembah Kinta di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa. Integrasi pembangunan geopelancongan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat jika digembleng dengan baik berpotensi dijadikan komponen penting sekiranya Geopark Lembah Kinta dilaksanakan. Hasil soal selidik menunjukkan sejumlah responden yang positif untuk terlibat dalam aktiviti geopelancongan, namun mereka memerlukan bantuan dalam bentuk penyediaan bahan pendidikan dan latihan bagi meningkatkan pengetahuan geologi,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Geology-Perak-Lembah Kinta. | |
dc.subject | Geo Pelancongan - Lembah Kinta | |
dc.title | Sumber warisan geologi dan potensi pembangunannya secara lestari di Lembah Kinta | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 264 | |
dc.identifier.callno | QE299.5 .I834 2011 | |
dc.identifier.barcode | 001522 | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81871+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 33.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.