Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465858
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Helmy Abdul Gapar (P80644) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T03:58:07Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T03:58:07Z | - |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.other | ukmvital:116892 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465858 | - |
dc.description | Sukan merupakan antara aktiviti yang terawal dilakukan oleh manusia. Namun begitu, penjustifikasian akan ketepatan konsep sukan sehingga sekarang masih menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan sarjana sama ada daripada bidang sains sukan, antropologi, sosiologi, mahupun sejarawan. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting untuk ditekuni adalah naratif yang dilalui sepanjang pensejarahan mengenai konsep tersebut. Sebagaimana evolusi yang berlaku kepada manusia, aktiviti sukan juga meniti jalan yang sama. Bermula dengan keinginan untuk bermain (play), disusuli dengan terbentuknya permainan (games), dan kemudiannya diwujudkan institusi untuk mengurustadbir dan mengelola pertandingan (sport). Keadaan ini tidak terjadi secara alami, tetapi terbentuk daripada perubahan alam sosial yang sekaligus memberi kesan akan perkembangannya. Dalam kajian ini, penulis meneliti satu jenis sukan sahaja, iaitu sukan bola sepak. Sukan bola sepak merupakan antara sukan moden (modern sport) yang terawal bertapak di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian mengenai perkembangannya jarang ditemukan, meskipun sukan tersebut sudah bertapak lebih dari 100 tahun, iatu sejak bertapaknya kolonial British di Tanah Melayu sehingga sekarang. Maka dalam menelusuri perihal tersebut, penulis menggunakan pendekatan sosio-historis dengan membahagikan perkembangan sukan bola sepak kepada tiga era yang berbeza, bermula era tradisional sebagai tapak asas kepada aktiviti sukan, kemudian diikuti dengan era penjajahan, dan diakhiri dengan era pasca penjajahan yang diasingkan kepada dua, iaitu era 12 tahun selepas Malaya mencapai Kemerdekaan dan pasca Dasar Ekonomi Baru. Akan tetapi, pengkhususan penulis hanya terarah kepada tempoh waktu yang telah ditetapkan, iaitu bermula dari tahun 1970 sehingga 2015. Data kajian diperolehi menggunakan dua teknik pengumpulan data yang berbeza. Teknik pertama (primer) adalah dengan melakukan temubual bersama dua orang informan yang memiliki autoriti berkenaan sukan di Malaysia. Manakala teknik kedua (sekunder) pula adalah dengan melakukan kajian-kajian kepustakaan sama ada dalam bentuk keratan akhbar, data-data kerajaan, tesis, dan juga data statistik yang diperolehi di dalam mahupun luar negara. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian subjek yang dikaji. Hasil analisis kajian ini mendapati bahawa perkembangan sukan bola sepak di Malaysia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada di luar sukan bola sepak itu sendiri. Malah, apa yang lebih menarik lagi adalah perkembangan tersebut selari dengan perkembangan negara yang pada ketika itu, sedang menuju era pemodenan.,Sarjana Pengajian Etnik | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institut Kajian Etnik (KITA) / Institute of Ethnic Studies | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sports and state -- Malaysia | |
dc.subject | Sports -- Malaysia -- History | |
dc.subject | Sports administration -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Sukan dan perubahan sosial : kajian terhadap perkembangan sukan bola sepak di Malaysia (1970-2015) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 214 | |
dc.identifier.callno | GV663.M4M834 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004410(2020) | |
Appears in Collections: | Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116892+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 803.7 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.