Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464323
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaizah Othman, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.advisorSahema @ Zar Chi Thent, Dr.-
dc.contributor.advisorQodriyah Haji Mohd Saad, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.advisorKamsiah Jaarin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorKumeshini Sukalingam (P77780)-
dc.date.accessioned2023-09-27T03:28:54Z-
dc.date.available2023-09-27T03:28:54Z-
dc.date.issued2017-07-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464323-
dc.description.abstractMinyak sawit merupakan salah satu sumber utama pengambilan diet asid lemak. Pengambilan minyak sawit yang dipanaskan berulang kali mendedahkan kepada risiko penyakit jantung. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan pengambilan ADD-X dan minyak sawit yang dipanaskan berulang kali terhadap sistem kardiak dengan memerhatikan tekanan darah (BP), parameter tekanan oksidatif dan antioksidan, penanda inflamasi dan perubahan mikroskopik dalam tikus terovariektomi (OVX). Empat puluh dua ekor tikus Sprague-Dawley betina dibahagikan secara rawak kepada tujuh kumpulan, dengan enam ekor dalam setiap kumpulan. Semua kumpulan tikus kecuali kumpulan Sham, menjalani prosedur ovariektomi. Kumpulan Sham dan OVX(n) diberikan diet biasa manakala kumpulan OVX(c) diberikan diet diperkaya kolesterol tinggi 2%. Kumpulan tikus yang diberi makan minyak sawit yang dipanaskan lima kali (5HPO) dan sepuluh kali (10HPO) juga diberi diet berkolesterol tinggi 2%. Kumpulan 5HPO-X dan 10HPO-X merupakan kumpulan tikus diberikan 5HPO dan 10HPO yang dicampurkan dengan ADD-X. Tekanan darah (BP) diperhatikan setiap empat minggu sekali melalui kaedah tidak invasif. Selepas 24 minggu rawatan, serum darah diambil bagi mengukur penanda tekanan oksidatif (TBARS) dan parameter antioksidan (SOD, CAT dan GSH). Nilai peroksida (PV) minyak sawit dan ADD-X diukur melalui kaedah piawai titrasi. Selepas tempoh kajian, tikus dibunuh dan tisu jantung diambil, ditimbang dan dihomogenisasi bagi mengukur penanda inflamasi (CRP, TNF-α), penanda biokimia jantung (Troponin, LDH) dan kandungan lipid jantung (TG, FFA). Tisu jantung diambil untuk pemeriksaan histologi. Nilai PV dalam minyak 5HPO dan 10HPO meningkat secara signifikan (p<0.05) tetapi dengan penambahan ADD-X nilai PV menurun secara signifikan (p<0.05). BP, TBARS, kedua-dua penanda inflamasi dan biokimia jantung serta kandungan lipid jantung, kecuali parameter antioksidan, menunjukkan peningkatan secara signifikan bagi kumpulan 5HPO dan 10HPO, sebaliknya menurun secara signifikan selepas penambahan ADD-X. Pemeriksaan histologi dinding jantung bagi kumpulan 5HPO dan 10HPO menunjukkan kedudukan kardiomiosit yang tidak sekata serta mengecut selain kehadiran sel inflamasi di antara gentian otot. Pengambilan minyak sawit dipanaskan berulang kali meningkatkan PV, BP, penanda tekanan oksidatif, kedua-dua penanda inflamasi dan biokimia jantung dan kandungan lipid jantung selain mengurangkan parameter antioksidan. Perubahan di atas dapat dikurangkan melalui pengambilan ADD-X.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectVitamin E -- pharmacologyen_US
dc.subjectPlant Oils -- adverse effectsen_US
dc.subjectCardiovascular Diseasesen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titleKesan antioksidan dan anti-inflamasi ADD-X pada tisu jantung dalam tikus sprague-dawley terovariektomien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages44en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan antioksidan dan anti-inflamasi add-x pada tisu jantung dalam tikus sprague-dawley terovariektomi.pdf
  Restricted Access
Full-text721.33 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.