Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464311
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFauziah Ibrahim, Prof. Madya Datin Dr.-
dc.contributor.authorNurulatiqah Yunos (P99756)-
dc.date.accessioned2023-09-27T01:04:48Z-
dc.date.available2023-09-27T01:04:48Z-
dc.date.issued2022-09-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464311-
dc.description.abstractSituasi berisiko tinggi relaps merupakan aspek penting yang perlu dikaji kerana faktor ini membimbangkan masyarakat dan boleh membawa seseorang individu kembali menggunakan dadah setelah mendapatkan rawatan dan pemulihan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor psikososial terhadap situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah di Penjara Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan lintang. Seramai 407 orang banduan dadah dari lima buah penjara di Malaysia di dipilih sebagai responden kajian. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah pengujian data seperti ujian deskriptif, korelasi pearson dan analisis regresi pelbagai (stepwise). Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti banduan dadah yang terlibat dalam kajian ini mengalami situasi berisiko tinggi relaps (74.9%) pada tahap sederhana. Analisis deskriptif juga mendapati faktor psikososial seperti keinginan semula terhadap dadah (55.8%) dan sokongan sosial (50.6%) banduan dadah berada pada tahap sederhana. Manakala, tahap efikasi diri bebas dadah (58.0%), motivasi diri bebas dadah (69.8%) dan strategi daya tindak bebas dadah (61.4%) berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi–Pearson yang dijalankan pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah keinginan semula terhadap dadah (r=.452, p<.05), efikasi diri bebas dadah (r=-.136, p<.05), strategi daya tindak bebas dadah (r=-.162, p<.05) dan sokongan sosial (r=-.258, p<.05) dengan situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah. Seterusnya, hasil ujian regresi pelbagai yang telah dijalankan mendapati keinginan semula terhadap dadah [F(1,405) = 104.246, p<.05] merupakan faktor peramal utama yang menyumbang kepada situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah. Hasil kajian ini memberi implikasi positif kepada pihak berkepentingan khasnya Jabatan Penjara Malaysia untuk menambah baik pelan strategi pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDrug addiction -- Malaysiaen_US
dc.subjectDrug addicts -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh faktor psikososial terhadap situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah di penjara Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages190en_US
dc.identifier.callnoRC566.N837 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007082en_US
dc.format.degreeSarjana Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P99756 NURULATIQAH BINTI YUNOS.pdf
  Restricted Access
partial572.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.