Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464304
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Yew, Vivien Wong Chin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Rubiah Ajan (P93263) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-27T00:28:57Z | - |
dc.date.available | 2023-09-27T00:28:57Z | - |
dc.date.issued | 2023-01-17 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464304 | - |
dc.description.abstract | Pengambilan alkohol berlebihan dan berterusan mengundang risiko kesihatan (seperti kegagalan organ utama badan) serta tekanan sosial (seperti kemiskinan, jenayah, keganasan rumah tangga, dan kemalangan jalan raya). Kajian berkaitan pengambilan alkohol dalam kalangan orang Iban dewasa di Sarawak sangat kurang walaupun terdapat indikasi bahawa pengambilan alkohol berisiko dalam kalangan orang Iban lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan etnik lain. Kajian ini mengkaji pengambilan alkohol dalam kalangan orang Iban dewasa dan menentukan faktor peramal seterusnya kesan faktor pengantara terhadap niat pengambilan alkohol. Berpandukan kepada Teori Tingkah Laku Terancang dan Model Kepercayaan Kesihatan, sikap, norma subjektif, tanggapan kawalan tingkah laku, tanggapan kemungkinan mendapat penyakit, dan tanggapan keterukan penyakit dijangka menjadi faktor peramal terhadap niat pengambilan alkohol. Pada Mei 2021, kajian keratan rentas telah dijalankan dalam kalangan 293 orang dewasa Iban di Lawas, Sarawak. Soal selidik yang diadaptasi dan berkebolehpercayaan digunakan untuk pengumpulan data. Data dianalisis dan ditafsir menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Model Persamaan Struktural (SEM) serta Smart-PLS digunakan untuk menentukan faktor peramal dan faktor pengantara terhadap niat pengambilan alkohol. Secara keseluruhan pengambilan alkohol dalam kalangan orang Iban dewasa berada pada tahap sederhana. Sikap terhadap alkohol, norma subjektif, tanggapan kawalan tingkah laku, dan tanggapan kemungkinan mendapat penyakit didapati menjadi faktor peramal signifikan terhadap niat pengambilan alkohol. Manakala, pendapatan isi rumah dan tahap pendidikan tidak menunjukkan sebarang kesan pengantara terhadap niat pengambilan alkohol, hanya faktor pekerjaan menjadi pengantara jalur ini. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Alcohol | en_US |
dc.subject | Alcohol -- Physiological effect | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Faktor peramal pengambilan alkohol dalam kalangan Iban dewasa: kombinasi model kepercayaan kesihatan dan teori tingkah laku terancang | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah” | en_US |
dc.format.pages | 319 | en_US |
dc.identifier.callno | TP593.R833 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007075 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Faktor peramal pengambilan alkohol dalam kalanagan iban dewas kombinasi model kepercayaan kesihatan dan teori tingkah laku terancang.pdf Restricted Access | Partial | 2.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.