Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464303
Title: Klasifikasi dan rekonstruksi dialek hulu Perak utara purba (DHPUP)
Authors: Nur Habibah Che Rosdi (P97679)
Supervisor: Rahim Aman, Prof. Dr.
Keywords: Malay language -- dialects -- Perak
Language and languages -- Variation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Feb-2022
Abstract: Kajian ini adalah usaha untuk mengklasifikasi dan merekonstruksi dialek purba di Hulu Perak Utara (HPU) (Negeri Reman suatu ketika dahulu). Tumpuan kajian dialek di Perak selama ini lebih menumpukan pemerihalan tentang dialek Perak asli berbanding subdialek-subdialek lain yang wujud di Perak, misalnya dialek HPU. Walaupun dikatakan sebagai dialek pendatang, namun, berbeza keadaannya dengan dialek-dialek pendatang lain di Perak atas faktor sejarah. Jadi, tujuan kajian ini adalah untuk mencungkil ciri linguistik dialek HPU berlandaskan pendekatan linguistik bandingan sejarawi. Objektif kajian ini adalah untuk mendeskripsikan dan membandingkan sistem fonologi varian HPU. Seterusnya merekonstruksi inventori fonem varian HPU. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk memperoleh leksikal DHPUP dan mengklasifikasikan DHPUP dengan bahasa induknya Melayik Purba (MP). Kajian ini berbentuk etnografi, menggunakan kaedah kualitatif melalui pengumpulan data kepustakaan dan lapangan. Pengumpulan data di lapangan menggunakan metode cakap yang disusuli dengan teknik temu bual semuka secara langsung dan tidak langsung, teknik daftar kata, teknik pengajuan gambar, teknik ikut serta, teknik rakaman, dan teknik catat. Kawasan kajian yang terlibat meliputi Gerik dan Pengkalan Hulu, Perak. 9 kampung dipilih mewakili 9 varian HPU, yakni varian Perah (PRH), varian Kerunai (KRN), varian Selarong (SLRG), varian Air Panas (APNS), varian Kuak Hulu (KHLU), varian Padang Kunyit (PDG KNYT), varian Bongor, (BNGR), varian Bersia Lama (BSLM), dan varian Simpang Pulai (SPG PLAI). Hasil penelitian mendapati DHPUP memiliki 6 fonem vokal purba (*i, *e, *ə, *a, *u dan *o) dan 18 konsonan purba (*p, *b, *t, *d, *k, *g, *m, *n, *ɲ, *ŋ, *s, *ɣ, *h, *tʃ, *dƷ, *l, *w, *j). Antara inovasi yang berkait dengan perubahan MP-DHPUP adalah, (i)MP*r > DHPUP *ɣ (ii)MP*-ɣ, *-l, *-r> DHPUP Ø, (iii)MP*-m, *-n> DHPUP *-ŋ, (iv)MP*-s> DHPUP*-h (v)MP*-əK> DHPUP *-aK (vi)MP*-aw> DHPUP *-o / MP*-ay>DHPUP *-a dan beberapa inovasi item leksikal. Manakala DHPUP menzahirkan pemisah inter-varian kepada 4 kelompok utama, yang terdiri daripada (i)PRH-BSLM (ii)SLRG-APNS-BNGR (iii)KHLU-SPG PLAI (iv)PDG KNYT-KRN yang berbeza pada tahap MP*-as, MP*-am, *-an, *-aŋ dan MP*-p, *-t. Signifikan kajian ini sekurang-kurangnya menyumbang kepada inventori kajian linguistik sejarawi dan mempertingkatkan kefahaman tentang dialek HPU.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 253
Call Number: PL5094.5.N837 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Klasifikasi dan rekponstruksi dialek hulu perak utara purba DHPUP .pdf
  Restricted Access
Partial2.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.