Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464300
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuzana Mohd Hoesni, Dr.-
dc.contributor.authorTeoh, Wan Yee (P77630)-
dc.date.accessioned2023-09-27T00:23:39Z-
dc.date.available2023-09-27T00:23:39Z-
dc.date.issued2022-05-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464300-
dc.description.abstractKepuasan perkahwinan merupakan salah satu aspek psikologi yang terpenting dalam memahami dan menyelidik perhubungan perkahwinan. Walau bagaimanapun, masih tidak banyak kajian yang menyelidik kepuasan perkahwinan dan aspek psikologikal yang membantu memakmurkan sesebuah perkahwinan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara pembezaan kendiri, dan perapatan terhadap kepuasan perkahwinan dalam kalangan etnik Cina di Selangor menggunakan cinta sebagai mediator. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mengumpulkan maklumat latar belakang peribadi, pembezaan kendiri, perapatan, cinta dan kepuasan perkahwinan. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Hasil daripada itu, seramai 384 orang telah secara sukarela mengambil bahagian dalam kajian ini. Responden terdiri daripada warganegara Malaysia, etnik Cina dan telah berkahwin selama sekurang- kurang satu tahun. Alat ujian The Differentiation In the Family System Scale (DIFS) digunakan untuk mengukur faktor pembezaan kendiri ( interaksi diri dengan bapa, interaksi diri dengan ibu dan interaksi antara bapa dan ibu) dan faktor perapatan (diri dengan pasangan, diri dengan bapa dan diri dengan ibu) pula diukur oleh Experiences In Close Relationships Inventory (ECR). Alat ujian Triangular Love Scale digunakan untuk mengukur faktor cinta manakala kepuasan perkahwinan ditentukan oleh 3-item dalam alat ujian Kansas Marital Satisfaction Scale (KMS). Data dianalisis menggunakan IBM Statistical Package for the Social Sciences (IBM SPSS) versi 21 dan PROSES MACRO bagi menjalankan analisis regresi bersama dengan kaedah bootstrapping bagi menentukan kesan mediasi apabila faktor cinta bertindak sebagai faktor pengantaraan dalam hubungan antara pembezaan kendiri dengan perapatan terhadap kepuasan perkahwinan. Keputusan kajian menunjukkan pembezaan kendiri iaitu interaksi diri dengan bapa, interaksi diri dengan ibu, perapatan diri dengan pasangan dan cinta mempengaruhi kepuasan perkahwinan secara signifikan. Sementara itu, cinta pula mampu bertindak sebagai mediator yang signifikan dalam hubungan antara pembezaan kendiri dan perapatan terhadap kepuasan perkahwinan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor pembezaan kendiri, perapatan dan cinta adalah penting dalam membantu meningkatkan kepuasan perkahwinan dalam kalangan etnik Cina dalam kajian ini. Secara keseluruhan, implikasi kajian ini adalah sangat penting bagi perkembangan ilmu psikologi yang memfokuskan kepada perhubungan perkahwinan yang spesifik kepada etnik Cina. Implikasi kajian ini juga memberi manfaat kepada profesion menolong seperti kaunselor, pekerja sosial dan ahli terapi yang bekerja memperkasakan individu yang sudah kahwin.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMarriageen_US
dc.subjectLoveen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembezaan kendiri, orientasi perapatan, cinta dan kepuasan perkahwinan dalam etnik Cina dewasa di Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages249en_US
dc.identifier.callnoHQ734.T436 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007044en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembezaan kendiri orientasi perapatan cinta dan kepuasan perkahwinan dalam etnik cina dewasa di Selangor.pdf
  Restricted Access
Partial2.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.