Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464288
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Nizam Abdul Maulud, Prof. Madya Sr. Dr.
dc.contributor.authorSiti Norsakinah Selamat (P88580 )
dc.date.accessioned2023-09-26T09:26:09Z-
dc.date.available2023-09-26T09:26:09Z-
dc.date.issued2019-08-30
dc.identifier.otherukmvital:117538
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464288-
dc.descriptionFenomena perubahan iklim bukan lagi isu yang baru malahan ia sering dibicarakan dan menjadi topik utama perbualan di peringkat global. Peningkatan pemanasan global memberi impak yang negatif sehingga menyebabkan pencairan glasier dan liputan ais di kutub yang menjurus kepada faktor utama berlakunya fenomena peningkatan aras laut. Hal ini menimbulkan ancaman khususnya kepada negara-negara yang mempunyai kadar populasi yang tinggi dan aktiviti sosial-ekonomi yang aktif di pesisiran pantai. Zon pinggir pantai merupakan kawasan yang dinamik dan bersifat rapuh kerana secara fizikalnya kawasan ini mudah berubah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor semula jadi dan aktiviti manusia. Selain itu, pembangunan yang tidak terancang di pesisiran pantai juga turut memberi impak yang negatif terhadap infrastruktur, alam sekitar, ekonomi dan sosioekonomi terhadap komuniti pinggir pantai. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan peningkatan aras laut terhadap perubahan pesisir pantai di sebelas kawasan terimpak sepanjang pesisiran pantai Selangor. Objektif utama bagi kajian ini adalah menentukan dan menilai corak perubahan garisan pantai dari tahun 1993 hingga 2014 dengan menggunakan pendekatan geospatial. Bukan itu sahaja, kajian ini juga turut mengkaji impak perubahan garisan pantai terhadap infrastruktur di pesisir kawasan kajian. Analisis perubahan garisan pantai ditentukan dengan menggunakan pendekatan Digital Shoreline Analysis System (DSAS). DSAS menggunakan pendekatan statistik dalam penentuan perubahan garisan pantai dan setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dapatan kajian bagi kaedah Shoreline Changes Envelope (SCE) mendapati bahawa Bagan Sungai Burong mengalami purata perubahan garisan pantai yang paling maksimum, manakala bagi purata perubahan yang minimum berlaku di Pantai Jeram iaitu sebanyak 785.45 m dan 74.10 m dari tahun 1993 hingga 2014. Hasil kajian dengan menggunakan kaedah Net Shoreline Movement (NSM) mendapati bahawa Sungai Pulai dan Bagan Pasir mengalami peratus hakisan tertinggi iaitu sebanyak 100% dan 98.38%, manakala peratusan pemendapan tertinggi pula berlaku di Bagan Sungai Burung dan Sungai Nibong iaitu sebanyak 61.54% dan 61.49% Analisis kadar perubahan garisan pantai juga turut dijalankan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah End Point Rate (EPR). Hasil kajian bagi model EPR pada tahun 1993 dan 2004 mendapati sebanyak 80.38% transek berhadapan dengan fenomena hakisan, manakala sebanyak 18.62% transek mengalami fenomena pemendapan. Hasil kajian model EPR pada tahun 2004 dan 2014 pula menunjukkan peratusan hakisan yang berlaku di kesemua kawasan kajian adalah sebanyak 66.26%, manakala peratusan pemendapan sebanyak 33.74 %. Sebanyak 11 buah infrastruktur seperti masjid, sekolah, pusat latihan perahu layar, kampung dan jalan dijangkakan akan terkesan akibat fenomena perubahan garis pantai pada tahun 2040 di kawasan Kg. Batu Laut. Ramalan mendapati pada tahun 2040 kawasan pertanian merupakan aktiviti guna tanah yang paling terkesan dan dijangkakan mengalami pengurangan keluasan sebanyak 4.13%. Secara umumnya, perubahan garisan pantai yang berimpak tinggi berlaku di Bagan Pasir dan Bagan Sungai Burong. Penemuan kajian ini menghasilkan maklumat mengenai corak dan kesan perubahan garis pantai terhadap komuniti pesisir pantai. Oleh itu, pihak-pihak berkepentingan perlu merancang dan mengurus pembangunan di sepanjang kawasan pantai bagi menangani permasalahan ini.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim
dc.rightsUKM
dc.subjectSeashore
dc.subjectCoasts
dc.subjectCoast changes
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian perubahan garis pantai dengan menggunakan teknik sistem analisis garis pantai digital (DSAS)
dc.typetheses
dc.format.pages171
dc.identifier.callnoGB451.2.S568 2019 tesis
dc.identifier.barcode004479(2020)
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117538+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.