Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464286
Title: Reka bentuk dan analisis antena tampal mikrojalur untuk aplikasi sistem penentududukan global
Authors: Umniyyah Ulfa binti Hussine (P54643)
Supervisor: Mohammad Tariqul Islam, Profesor Dr.
Keywords: Antena tampal mikrojalur
Sistem penentududukan global
Artificial satellites in navigation
Issue Date: 23-Jan-2013
Description: Sejak kebelakangan ini, reka bentuk antena dalam mengintegrasikan sistem penentududukan (Global Positioning System, GPS) ke dalam aplikasi komunikasi wayarles mula mendapat perhatian. Penerima GPS memerlukan ciri-ciri padat, ringan, kuasa yang rendah dan kebolehpercayaan yang tinggi dengan keupayaan mobiliti untuk kegunaan secara umum. Untuk mencapai ketepatan dan kebolehpercayaan yang diperlukan, antena GPS yang berprestasi tinggi mestilah berupaya untuk beroperasi di dua frekuensi GPS (L1: 1575 MHz, L2: 1227 MHz). Antena mikrojalur telah digunakan secara meluas dalam aplikasi kekutuban membulat (circular polarization, CP) kerana ia berprofil rendah, bebanan rendah serta mempunyai ciri-ciri radiasi yang diperlukan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah aplikasi berfrekuensi rendah, saiz mikrojalur akan menjadi terlalu besar untuk digunakan secara praktik. Untuk mengatasi masalah ini reka bentuk baru telah diselidik dan diperkenalkan. Penyelidikan ini bertujuan untuk membina antena yang kecil, berkeupayaan tinggi dan berkualiti yang boleh digunakan untuk operasi GPS. Untuk menampung jalur L1 dan L2, prototaip yang dicadangkan menghasilkan dwijalur radiasi kekutuban membulat. Pembinaan prototaip dimulakan dengan menentukan spesifikasi produk, mereka bentuk produk secara simulasi dan membina prototaip seterusnya menguji kecekapannya. Dengan berpandukan keputusan pengujian, prototaip dinilai dan perubahan dilakukan bagi menghasilkan reka bentuk yang optimum. Prestasi antena telah dikaji menggunakan perisian elektromagnetik gelombang penuh serta kaedah method-of-moment, Zeland IE3D versi 12.0. Tesis in telah melaraskan dua reka bentuk dwijalur yang memenuhi radiasi pengutuban membulat menggunakan suapan tunggal dengan reka bentuk tampal tunggal dan reka bentuk tampal berbilang lapisan untuk aplikasi GPS. Reka bentuk pertama iaitu Antena 1 tertumpu pada antena tampal mikrojalur berbilang lapisan dengan slot-I dan reka bentuk kedua (Antena 2) pula tertumpu pada antena tampal mikrojalur dengan slot-L. Hasil kajian mendapati bahawa Antena 2 dengan saiz keseluruhan 83 x 71 x 4 mm3 memberikan kehilangan balikan minimum -31.42 dB dan -41.2 dB bagi jalur L1 dan L2. Lebar jalur galangan yang baik iaitu 52 MHz (4.23%) telah dicapai dari 1210 MHz hingga 1262 MHz untuk jalur bawah manakala jalur atas meliputi 161 MHz (10.22%) iaitu dari 1530 MHz hingga 1691 MHz. Manakala Antena 1 dengan saiz keseluruhan 77 x 75.5 x 6.23 pula memberi kehilangan balikan minimum -23.66 dB dan -23.44 dB dengan peratusan lebar jalur 1.26% (16.73 MHz) bagi jalur frekuensi L1 dan 2.12% (33.48 MHz) bagi jalur L2. Kedua-dua reka bentuk antena mencapai gandaan lebih dari 6 dBi bagi jalur bawah dan 7 dBi bagi jalur atas. Selain itu, kedua-dua antena mempamerkan corak sinaran stabil pelbagai arah dengan pengutuban silang rendah yang menjadikan reka bentuk ini sesuai untuk aplikasi GPS.,Master/Sarjana
Pages: 112
Call Number: TL798.N3.U484 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74723+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.