Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464285
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoohaida Othman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohammad Akhmal Ilias (P58529)-
dc.date.accessioned2023-09-26T08:58:23Z-
dc.date.available2023-09-26T08:58:23Z-
dc.date.issued2016-08-15-
dc.identifier.otherukmvital:109857-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464285-
dc.descriptionKappaphycus alvarezii merupakan alga merah tropika yang menjadi sumber bahan mentah utama dunia dalam penghasilan kappa-karaginan iaitu bahan yang digunakan di dalam pembuatan makanan dan produk farmaseutikal. Empat varieti K. alvarezii yang dikenali dengan nama tempatan sebagai Buaya, Tambalang Hijau, Tambalang Gergasi and Tangan-tangan telah dicirikan secara morfologi. Karaginan daripada varieti K. alvarezii telah diekstrak menggunakan kaedah pengekstrakan berakali diikuti dengan pemendakan alkohol atau kalium klorida. Penentuan kekuatan gel yang telah dilakukan di dalam 1.5% (i/i) sebatian air dan 0.2% kalium klorida menunjukkan Tambalang Hijau mempunyai nilai yang tertinggi antara varieti K. alvarezii dan dipilih untuk pembinaan perpustakaan cDNA ternormalisasi dan diperkaya dengan jujukan lengkap. Penjujukan 2880 klon cDNA yang dipilih secara rawak telah berjaya menjana 2792 penanda jujukan terekspres (EST) berkualiti tinggi yang terdiri daripada 2664 transkrip unik (UT) yang mengandungi 116 kontig dan 2548 jujukan tunggal. Analisis BLASTX menunjukkan 57% transkrip unik mempunyai padanan dengan protein di dalam pengkalan data jujukan tidak berulang (nr). Kesemua analisis dilakukan dengan menggunakan pelantar bioinformatik ESTFrontier. Jujukan cDNA putatif lengkap bagi UDP-glukosa pirofosforilase (UGPase) telah berjaya diperoleh menggunakan kaedah tindak balas berantai polimerase dan amplifikasi cepat hujung cDNA (RACE). Analisis jujukan menunjukkan saiz jujukan lengkap cDNA bagi UGPase adalah 1804 pb yang mengandungi rangka bacaan terbuka 1569 pb yang mengekod 523 asid amino. Dua gen yang berkaitan dengan tapak jalan biosintesis karaginan iaitu UGPase dan UDP-glukosa 4-epimerase telah dipilih untuk kajian pengekspresan gen dalam K. alvarezii var. Buaya, Tambalang Hijau dan Tambalang Gergasi dengan menggunakan tindak balas berantai polimerase kuantitatif masa sebenar (qRT-PCR). Hasil kajian menunjukkan hubungan yang positif di antara pengekspresan gen yang mengekodkan UGPase dengan hasil karaginan antara varieti K. alvarezii. Hasil kajian ini dapat memberikan maklumat berguna untuk memahami tapak jalan biosintesis karaginan dalam rumpai laut merah dan pemilihan varieti K. alvarezii untuk penanaman secara komersial.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMarine algae -- Therapeutic use-
dc.subjectMarine algae as food-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenjanaan penanda jujukan terekspres (EST) dan pencirian klon cDNA ugpase daripada Kappaphycus alvarezii var. tambalang hijau-
dc.typetheses-
dc.format.pages120-
dc.identifier.callnoRS165.A45M834 2017 tesis-
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109857+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
749.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.