Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464280
Title: | Pengekspresan dan pencirian seskuiterpena sintase rekombinan daripada persicaria minor |
Authors: | Ker De-Sheng (P80432) |
Supervisor: | Maizom Hassan, Dr. |
Keywords: | Terpenoid Terpenes -- Synthesis |
Issue Date: | 7-Aug-2017 |
Description: | Seskuiterpena merupakan salah satu kelas terpenoid yang didapati memiliki pelbagai aktiviti biologi seperti antimikrob dan antioksida, serta mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam industri farmaseutikal. Penghasilan seskuiterpena disintesiskan oleh seskuiterpena sintase dari substrat linear farnesil difosfat (FPP). Namun, pemahaman terhadap mekanisme biokimia yang bertanggungjawab dalam kepelbagaian struktur seskuiterpena adalah kurang jelas. Persicaria minor (kesum) adalah tumbuhan beraroma yang boleh dijumpai di rantau Asia Tenggara dan daunnya boleh dijadikan sebagai ramuan dalam masakan atau ubatan. Salah satu cDNA seskuiterpena sintase kesum (PmSTS) telah dikenal pasti dan dipencilkan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengekspres, menulenkan dan mencirikan seskuiterpena sintase rekombinan PmSTS (rPmSTS), dan mengenal pasti mekanisme tindak balas penghasilan seskuiterpenanya. Protein rPmSTS ini didapati mudah membentuk agregat semasa proses penulenan. Namun, kemasukan gliserol ke dalam penimbal penulenan dan pemangkasan 24 asid amino pada N-terminal protein PmSTS (PmSTS_Δ24) telah dikenal pasti dapat mengurangkan pengagregatan dengan ketara, dan dengan demikian membantu dalam penghasilan protein homogen. Protein rekombinan PmSTS_Δ24 (rPmSTS_Δ24) tulen ini didapati memangkin pembentukan β-seskuifelandren sebagai produk utama dan β-farnesen sebagai produk sampingan apabila menggunakan substrat FPP. Oleh itu, klon cDNA PmSTS ini telah dinamakan sebagai β-seskuifelandren sintase. Suhu dan pH optimum bagi rPmSTS_Δ24 ini adalah 30°C dan pH 8 masing-masing. Nilai Km dan kcat untuk rPmSTS_Δ24 ialah 10.2 µM dan 7.8 x 10-2 s-1 masing-masing. Analisis penjajaran jujukan berbilang menunjukkan PmSTS mengandungi satu motif pengikatan logam NSE/DTE terubah yang belum dilaporkan untuk seskuiterpena sintase. Dalam usaha untuk mengenal pasti mekanisme sintase β-seskuifelandren, mutagenesis terhadap residu tapak aktif β-seskuifelandren sintase ini telah dilakukan. Sebanyak lima protein mutan tunggal (W286A, Y390S, L454G, L454A, & V466E) dan satu protein mutan berganda (Y390S/L454G) telah dihasilkan. Kesemua mutan kecuali mutan V466E menunjukkan aktiviti yang berkurangan berbanding dengan PmSTS jenis liar (WT). Mutan L454G dan L454A juga didapati berupaya menghasilkan seskuiterpena tambahan yang tidak dihasilkan oleh PmSTS WT. Mekanisme biosintesis metabolit sekunder ini daripada substrat FPP telah dicadangkan. Simulasi kinetik bagi penghasilan seskuiterpena telah dimodelkan untuk mensimulasikan penghasilan serentak campuran seskuiterpena dari PmSTS dan beberapa seskuiterpena sintase yang berbeza dalam tumbuhan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 127 |
Call Number: | QD416.S534 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98836+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 332.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.