Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464276
Title: Memahami tindak balas toleransi padi MR219 di peringkat awal pertumbuhan vegetatif terhadap tekanan saliniti
Authors: Tasneem Shakri (P94528)
Supervisor: Zamri Zainal, Prof. Dr.
Keywords: Rice
Oryza
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Jan-2022
Description: Tekanan saliniti merupakan salah satu punca utama pengurangan pengeluaran padi dunia terutamanya di Asia. Sehingga kini, banyak kajian dilakukan untuk mengenalpasti kunci tapak jalan metabolik yang terlibat dalam proses ketahanan dan toleransi padi terhadap tekanan saliniti. Namun pemahaman yang mendalam mengenai mekanisme toleran padi terhadap tekanan saliniti masih lagi terhad. Padi varieti MR219 merupakan salah satu padi tempatan yang popular dalam kalangan petani dan turut dikomersialkan di pasaran padi Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tindak balas MR219 terhadap tekanan saliniti pada peringkat awal pertumbuhan vegetatif, serta menilai tahap rintang MR219 berbanding dua jenis varieti padi kawalan saliniti iaitu Pokkali (rintang) dan IR64 (rentan). Pokkali dan IR64 merupakan varieti padi yang biasa digunakan sebagai padi kawalan dalam kajian lepas mengenai kesan saliniti terhadap tanaman padi. Walaupun mempunyai tahap toleransi yang berbeza terhadap saliniti, ketiga-tiga varieti ini termasuk Pokkali, IR64 dan MR219 adalah benih hasil tinggi. Dalam kajian ini, padi ditanam menggunakan sistem hidroponik selama 30 hari sebelum dirawat dengan NaCl 100 mM selama 10 hari. Bacaan parameter dan pengumpulan sampel diambil pada 4 titik masa berbeza iaitu pada hari ke-0, 2, 6 dan 10 rawatan dikenakan. Hasil kajian menunjukkan tahap toleransi Pokkali terhadap saliniti adalah paling tinggi diikuti oleh MR219 dan IR64. Bacaan kadar fotosintesis, kandungan air relatif dan klorofil MR219 adalah 7.43%, 11.61% dan 15.98% lebih tinggi daripada IR64, namun 16.73%, 7.95% dan 9.69% lebih rendah daripada Pokkali. Ketinggian pokok, nisbah pucuk dan akar serta luas permukaan daun MR219 juga >50% lebih rendah berbanding Pokkali, namun tiada perubahan ketara dilihat apabila dibandingkan dengan IR64. Pengenalpastian protein yang terlibat dalam tindak balas MR219 terhadap saliniti dilakukan melalui analisis proteomik menggunakan ESI-QTOF MS. Terdapat perubahan pengawalaturan yang signifikan bagi 95 daripada 212 protein yang telah dikenalpasti. Majoriti protein yang dikawal atur secara menaik terlibat dalam proses fotosinteis, penyahtoksikan, biosintesis metabolit, biosintesis protein, pengisyaratan dan pengangkutan. Protein tersebut termasuklah PSII, GAPDH, CPK21, BAS1, GLU, GOX3, nsLTP dan H+-ppase. Manakala pengawalaturan menurun bagi protein yang terlibat dalam biosintesis protein, EF-Tu dan GT, turut dikenalpasti. Untuk maklumat lanjut, analisis pengekspresan gen pilihan yang terlibat dalam metabolisme tenaga, pengangkutan dan antioksidan turut dibandingkan antara MR219, Pokkali dan IR64. Terdapat perubahan signifikan dalam pengekspresan gen GABA-T1, GAD2, SSADH, SOS2, OsNHX1, CuZnSOD1, MnSOD1 dan CAT1. Hasil daripada kajian ini mampu memberi pemahaman yang lebih baik mengenai tindak balas MR219 terhadap tekanan saliniti. Malah, pengenalpastian protein yang terlibat juga dapat membantu penyelidik memilih protein sasaran dalam kajian penambahbaikan tanaman padi tempatan.,Sarjana Sains Biologi Sistem
Pages: 164
Call Number: SB191.R5T338 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129604+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.