Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464269
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Goh Hoe Han, Dr. | |
dc.contributor.author | Syuhaidah Abu Bakar (P69889) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T08:58:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T08:58:17Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98830 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464269 | - |
dc.description | Manggis (Garcinia mangostana L.) merupakan spesies tropika apomik dengan biji benih rekalsitran yang terbentuk secara aseksual dan tidak tahan pengeringan atau simpanan jangka masa panjang. Biji benih jenis ortodoks pula lebih tahan terhadap suhu yang ekstrem dan simpanan jangka panjang. Percambahan biji benih ortodoks biasanya melibatkan penyahaktifan kedormanan, pengaktifan metabolisme selepas pemedapan air, sintesis protein dan akhirnya kemunculan radikel. Pemahaman mengenai percambahan biji benih penting untuk perambatan dan pemuliharaan tumbuhan yang menghasilkan biji benih rekalsitran, terutamanya pokok tropika. Walau bagaimanapun, fisiologi percambahan biji benih daripada spesies tropika masih kurang dikaji. Kajian ini bertujuan untuk memahami mekanisme percambahan biji benih rekalsitran manggis dengan mengenal pasti gen-gen yang terlibat semasa percambahan biji benih serta pemetaan rangkaian pengawalaturan gen-gen tersebut. Sampel biji manggis dicambahkan selama 0, 3, 5 dan 7 hari. Kemudian, RNA jumlah dipencilkan mengikut protokol CTAB yang telah diubahsuai bagi mengatasi masalah kandungan polisakarida dan bahan fenolik yang tinggi di dalam sampel. Setelah itu, berdasarkan data transkriptom bagi kajian sebelum ini, analisis perbezaan ekspresi gen dilakukan untuk mengenal pasti gen yang dikawal atur sepanjang percambahan biji benih manggis. Pemilihan calon gen terlibat dalam percambahan dilakukan berdasarkan perlombongan data, rujukan bibliomik dan analisis gen ontologi. Sebanyak 18 gen telah berjaya dikenalpasti terlibat dalam percambahan biji benih manggis melalui pengesahan qPCR. Kajian lepas mengenai percambahan biji benih Arabidopsis memberi rujukan rangkaian gen (SeedNet) untuk analisis rangkaian berdasarkan jujukan ortolog transkriptom manggis. Rangkaian ekspresi gen global membolehkan perbandingan dibuat antara gen yang terlibat dalam percambahan biji benih ortodoks dan rekalsitran di mana kehadiran gen-gen yang terlibat dalam percambahan biji benih manggis hampir sama dengan Arabidopsis namun mempunyai tahap pengekspresan yang berbeza terutamanya gen berkaitan giberelin dan asid absisik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Manggis | |
dc.subject | Garcinia mangostana L. | |
dc.subject | Mangosteen | |
dc.title | Analisis pengekspresan gen dalam percambahan biji benih manggis (Garcinia mangostana) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 90 | |
dc.identifier.callno | QK495.G87S978 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003183(2018) | |
Appears in Collections: | Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98830+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 361.68 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.